Pada asasnya, duduk berdua dalam bilik dengan tidak bersentuhan tidak haram, tetapi perlakuan itu di tempat yang sunyi, dalam kalangan yang bukan mahram dengan keadaan pakaian yang tidak menutup aurat, dalam keadaan yang mencurigakan jatuh kepada hukum haram. Ia mendorong akhirnya kepada perbuatan zina. Menurut kaedah fikah: Apa-apa yang membawa kepada perkara haram maka ia juga turut haram.
Berdua-duan di tempat yang sunyi dalam kalangan yang bukan mahram boleh menimbulkan fitnah. Ia akan mencemarkan nama baik diri dan keluarga. Malahan, sekiranya mereka terlibat dengan zina, ia akan menyebabkan kandungan luar nikah. Ia akan menyebabkan masalah yang lebih besar kepada anak itu dan kepada pasangan itu.
Tidak menolak kemungkinan, terlibat dalam pembuangan bayi dan pembunuhan anak yang akan membawa kepada pencerobohan ke atas maqasid Islam iaitu hifz al-nafs (penjagaan nyawa). Bahkan perzinaan juga akan menyebabkan rosaknya maqasid Islam yang ke empat iaitu hifz al-nasl (menjaga keturunan).
0 Comments