Beberapa hukum yang berkaitan dengan korban yang disampaikan oleh seorang ustaz, di Masjid Changkat Jering, Taiping di Perak pada malam hari raya kedua.
- Tidak boleh agihkan daging korban kepada orang kafir
- Lafaz tawkil. Perlu menggunakan lafaz tawkil menghasilkan korban, bagi mengelakkan sekiranya orang yang diwakilkan itu keuzuran. Maka ia boleh menyerahkan tugasan itu kepada orang lain.
- Tidak sah mengadakan kenduri dengan daging korban, melainkan dibagi sekilo kepada seorang fakir miskin dalam bentuk mentah
- Tidak perlu tanam tulang belulang kerana ia memang menjadi makanan binatang yang lain seperti anjing . Cuma menanam tulang itu untuk mengelak daripada bau busuk sahaja.
- Sah melakukan sembelihan daripada terbit matahari hari raya haji hingga waktu maghrib hari tashriq yang terakhir.
- Takbir hanya ketika selepas solat sahaja, sama ada fardu atau sunat.
- Takbir ketika proses penyembelihan dilaungkan oleh seorang sahaja, bukan secara beramai-ramai.
- Aqiqah boleh dilakukan ketika dewasa, walaupun lebih dari sekali
- Korban dilakukan untuk orang yang telah meninggal dunia sekiranya diwasiatkan dan ketika itu korban itu menjadi nazar
- Cukup sebagai nazar apabila menyebut atau sambil menunjukkan kepada lembu ”aku nak korbankan lembu ini”
Terasa ingin mengulas (munaqashah) beberapa perkara yang disebut oleh ustaz itu. Tetapi memandangkan tugasan yang hampir melepasi dan ada yang telah melepasi dateline, maka terpaksa memberi keutamaan kepada tugasan tersebut.
0 Comments