Beriman dengan perkara ghaib merupakan salah satu daripada keperluan asas dalam rukun iman. Rukun iman merupakan asas yang cuba untuk menyelesaikan persoalan pemikiran yang menjadi kerangka asas untuk membentuk world view seseorang Islam agar terarah menjadi seorang Islam yang baik. Persoalannya, adakah adakah kita merasakan bahawa rukun iman ini menjadi teras kepada pemikiran kita seharian? Atau ia merasakan bahawa rukun iman ini menjadi perkara hafalan untuk lulus peperiksaan sahaja?
Daya imaginasi yang kuat merupakan keperluan asas untuk memperkukuhkan akidah kepada perkara ghaib, terutamanya dengan hari Qiamat. Sebagai contoh, sekiranya kita ingin pergi bercuti ke Hawaii tentunya dalam pemikiran kita sudah terbayang keindahan tempat, makanan yang disajikan, keindahan suasana dan sebagainya. Begitu juga, sekiranya kita ingin pergi ke Mekah untuk umrah. Kita membayangkan suasana tempat, pakaian, masyarakat arab dan sebagainya. Ini memerlukan kepada daya imaginasi yang kuat sehingga dapat terbayang dalam pemikiran kita tempat yang ingin dituju. Sekiranya tempat itu indah, biarlah ia menjadi impian untuk kita ziarahi nanti. Tetapi sekiranya tempat itu semacam neraka bagi kita, kita perlu merasakan itu sebagai mimpi buruk untuk kita sekiranya kita sampai ke tempat itu.
Imaginasi memerlukan kepada maklumat. Mana mungkin untuk kita imaginasi sekiranya tanpa maklumat dan ilmu.
Soalnya, bolehkah untuk kita berimaginasi keadaan kita di alam kubur sama ada mendapat azab atau akhirat; sengasara di padang mahsyar, syurga dan neraka?
Adakah imaginasi kita itu betul dengan reality nanti?
0 Comments