Antara hikmah kenapa Allah meminta kita agar beriman dengan hari akhirat ialah untuk memberi kayakinan bahawa apa yang berlaku di atas muka bumi ini adalah dengan kehendak Allah SWT. Setiap yang berlaku itu pasti memiliki hikmah yang tersendiri dan manusia kena akur dengan ketentuan daripada Allah. Manusia biasa gagal dan tidak mampu untuk menyingkap rahsia Allah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Namun, ini bukanlah beerti manusia perlu bersikap pesimis, malah menurut akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) setiap orang Islam kena berusaha sebaiknya dan akhirnya diserahkan kepada Allah. Apa yang yang berlaku setelah manusia selesai berusaha diserahkan kepada Allah. Ia tidak lagi urusan manusia. Ukuran dosa dan pahala diberikan kepada usaha manusia. Selagi mana manusia mampu berusaha, lakukan dan ambillah tindakan yang wajar.
Oleh sebab itu, kita kena meyakini bahawa akidah kepada hari akhirat dan qada qadar ini mampu mengubat perasaan dan persepsi manusia yang tertindas dan dizalimi. Sebagai contoh, cuba bayangkan bagaimana perasaan ibu kepada kepada Kugan yang didakwa punca kematiannya disebabkan paru-paru berair sedangkan ditubuhnya terdapat kesan-kesan pukulan. Keluarganya sangat tidak berpuas hati kepada pihak berwajib kerana kematiannya ditangan polis dan laporan bedah siasat meragukan mereka. Tentunya perasaan marah, bengang, bengkek, tidak puas hati dan sebagainya terjadi, sekiranya ia berlaku kepada kita (minta lindung daripada Allah).
Orang Islam memiliki akidah bahawa setiap kesalahan itu pasti akan dibalas oleh Allah. Semua manusia yang melakukan kezaliman ini tidak terpelas dari hukuman ini. Sungguhpun tiada hukuman dunia dikenakan, tetapi di akhirat nanti pasti akan diberikan hukuman setimpal oleh Allah. Ini akidah yang perlu ditanam dalam hati sehingga dijadikan salah satu daripada Rukun Iman. Menariknya, ia dibariskan dalam dua rukun iman yang terakhir.
Adakah perkataan sabar menandakan keimanan kepada Allah. Apakah ini juga merupakan ubat kepada pemimpin dan penyokong PR di Perak?
0 Comments