Perceraian merupakan topik hangat


Blog ini pernah mengulas mengenai statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM yang datanya sungguh mengejutkan kita. Sila klik. Pada mulanya, isu perceraian aku anggap sebagai isu biasa sahaja dan aku menulisnya tanpa ada suatu persepsi tersendiri mengenai isu ini. Pun begitu, aku amat concern kenapa perceraian menjadi-jadi kepada umat Islam di Negara ini. Tetapi setelah lama aku memerhatikan track record kepada pengunjung blog ini, entri perceraian merupakan antara entri yang tertinggi yang sering dikunjugi. Mereka mencari maklumat mengenai perceraian. Aku mula berfikir kenapa.

Aku bingung, dan aku membuat beberapa andaian yang tidak pula dapat dipastikan sama ada andaian itu benar atau salah.

Aku membuat beberapa andaian bahawa orang yang mengunjungi entri ini
• Mengalami masalah rumahtangga tapi malu untuk bertanya dan pergi ke laman web untuk mendapatkan sebarang penyelesaian
• Pelajar IPT yang membuat penyelidikan
• Mereka yang pernah gagal dalam perkahwinan
• Kehidupan masyarakat moden pada masa ini menghadapi banyak masalah

Berdasarkan kepada kajian yang aku buat terhadap soaljawab agama di dalam ruang soaljawab agama dalam AHkam dan beberapa badan Islam yang lain, memang aku mendapati soalan berkaitan cerai antara topic hangat yang selalu dibincangkan. Rupanya, apa yang aku dapati dalam ruang soaljawab agama itu turut diabsahkan dalam blog ini.




Post a Comment

1 Comments