Orang-orang surau menyumbang kepada fahaman sekularisme

Orang yang selalu ke surau tetapi tidak berapa berkenan untuk terlibat dengan masyarakat, sebenarnya mereka ini menyumbang kepada mengukuhkan lagi pemikiran sekularisme di dalam minda masyarakat.
Masyarakat memiliki satu persepsi yang semakin mengukuh bahawa kelompok yang datang ke masjid hanyalah sesuai untuk aktiviti yang bersifat ritual sahaja. Manakala aktiviti yang bersifat kemasyarakatan seperti orang sakit, gotong royang, kenduri, menebas jalan, menolong anak yang keciciran dalam pelajaran, bantuan kemiskinan, masalah mat rempit dan sebagainya; kadanng kala dijuarai oleh bukan orang ahli surau/masjid.

Orang surau/masjid hanya menjadi pengikut sahaja. Tidak kedepan dalam menjuarai isu-isu masyarakat.

Kesannya ialah apabila masyarakat mengalami sebarang masalah, tempat dan orang yang perlu untuk mereke mengadu bukanlah orang surau/masjid. Tetapi orang lain. Mereka hanya perlu kepada orang surau untuk membaca doa sahaja.

Kenapa ini berlaku? Walaupun bukanlah di semua tempat.





Pada pemerhatian saya, (perlu kepada kajian yang mendalam) watak orang surau yang berjurus sehingga merasa berat untuk bergaul dengan masyarakat di kedai kopi, pondok panas, padang bola dan sebagainya. Ada kekangan dan halangan komunikasi yang menyebabkan ada jarak dengan masyarakat.

Masyarakat yang berada di luar surau sebaagiannya membentuk suara masyarakat yang gagal dijuarai oleh ahli surau/masjid. Mereka didekati.

Bentuk pendekatan perlu kepada perbincangan yang lain.

Tapi apa yang ingin dikongsikan ialah perbezan antara watak yang rajin ke surau dan yang tidak rajin.

Orang yang rajin ke surau, mudah diurus dan orang yang tidak rajin ke surau payah diurus. Nanti tulis dalam thread lain.

Post a Comment

0 Comments