Thursday, June 25, 2009

Orang Islam kuat bercerai berbanding bukan Islam?

Statistik perceraian orang Islam dikeluarkan oleh JAKIM manakala bukan Islam dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.



Sekiranya betul, ia memang memalukan. Orang Islam lebih banyak bercerai daripada orang bukan Islam. Apa masalah sebenarnya kepada orang Islam pada masa ini. Walau bagaimanapun, kajian yang agak rapi perlu dilakukan untuk membuktikan sejauh manakah kebenaran data yang dikeluarkan ini.

Sekiranya betul, mungkinkah kita perlu tiru budaya perkahwinan orang bukan Islam kerana terbukti orang Islam ini gagal menunjukkan contoh yang terbaik di alam perkahwinan.

Saya membawa beberapa statistic berkenaan perceraian di dalam beberapa entri di dalam blog ini disebabkan pengunjung selalu datang ziarah blog ini selepas mencari di dalam search engine berkenaan perceraian. Saya mengandaikan kebanyakan pengunjung itu di kalangan pelajar yang ingin membuat assignment atau pun mungkin juga di kalangan mereka yang mengalami masalah rumah tangga. Sekiranya, di kalangan pelajar atau mereka yang berminat untuk mengkaji masalah social, isu ini dilihat masalah yang berat di dalam masyarakat kita yang patut ditekuni dengan baik.

3 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum.
pada pandangan saya...yang bukan islam tu banyak yang tak kahwin tapi duduk cam suami isteri..cerai berai, tukar2 pasangan, teruk lagi, so tak masuk statistik.hanya yg betul2 nak kahwin, berkahwin....

bukanla kata suruh kita buat camtu...

cumanya, antara kita ni, kadang2 tak pikir, terus nak kahwin, tapi masalah nak kawal nafsu dalam zaman sekarang pun bukannya perkara mudah. so, kahwin dalam keadaan tak bersedia, akibatnya... gitulah

Abuirfan said...

Ya betul. Harap mereka yang berkenaan dapat buat kajian yang lebih teliti dan berikan cadangan penyelesaian.

Saya duk nampak, lagi couple, (keluar2, makan2, pegang2)lagi la bermasalah.

Abuirfan said...

Saya duk nampak, lagi couple, (keluar2, makan2, pegang2)lagi la bermasalah.

Ia merupakan antara punca kepada perceraian.