Fenomena orang perempuan zaman sekarang.
Maklumlah dah bekerjaya, suaminya kurang dihormati.
Maklumlah dah bekerjaya, banyak keputusan suami dalam rumahtangga telah dipengaruhi dengan desakannya.
Maklumlah dah bekerjaya, isteri mengatur suami, bukan suami mengatur isteri.
Maklumlah dah bekerjaya, nak disuruh tutup aurat pun susah.
Maklumlah dah bekerjaya, nak disuruh pergi mengaji di surau pun banyak songeh.
Maklumlah dah bekerjaya, nak ajak pergi program lagi la susah.
Maklumlah dah bekerjaya, nak didik susah. Bila ditegur menjawab pula, ditegur lagi dilawannya pula. Malas nak bergaduh, biarlah.
Sebilangan lelaki muak mendengar leteran dan melihat wajah bini masam bak cuka lalu mereka akur tindakan bini biarpun bukan semua betul. Itulah gamaknya, antara sebab yang si suami rajin datang surau dan bagi komitmen pada jemaah dll. Tetapi isteri tidak ikut serta.
Balik rumah, bukan suami yang berceramah, tetapi isteri pula yang bising. Tambahan pula kalau balik lambat.
Mana idaknya, Kalau lambat jer balik musti handphone berbunyi.
Kata orang tua-tua:
Isteri orang dulu menunggu kepulangan suami dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Isteri bersiap menyinsingkan kain supaya mudah jika suami ingin menyampaikan hajatnya. Tuala untuk mengesat peluhnya dan air untuk menghilangkan dahaganya makala rotan untuk dia menghukum isteri jika membuat sebarang kesalahan.
Adakah ini tanda kegagalan suami mendidik isteri? Atau pun mungkin disebabkan kemodenan yang telah merubah sistem kekeluargaan?
5 Comments
Tepat kena pada salah seorang ahli keluarga saya. Sang isteri dibiarkan berpakaian yang tidak mengikut kehendak agama. Bila suami menegur, dia pulak naik darah. Membebel panjang sampai jiran dengar.. Dari mula berkahwin, isteri tak boleh ditegur. Perkara berlarutan tahun demi tahun, kerana kononnya si isteri lebih bijak dari sang suami. Akhirnya isteri yang menjadi ketua keluarga. Bila berlaku perselisihan faham, siisteri merampas pulak kunci rumah, kunci kereta dan motor supaya suami tak boleh balik ke rumah. Akhirnya, dia pulak yang buat keputusan hendak bercerai. Seolah-olah dia pulak yang jadi suami, dengan alasan, bila suami tak ada, dia boleh hidup. Mak bapak sendiri pon hidup bercerai berai jugak. Boleh pon hidup.. Hmm.. apa pun, saya tetap salahkan suami kerana membiarkan siisteri menjadi 'ketua' dalam rumahtangga sejak mula berkahwin dulu. Kurangnya amalan hidup islam tidak diamalkan di rumah, satu juga faktor. Nak kata tak de pengetahuan agama, mak bapak dah bagi didikan. Sebab itulah, islam menggariskan panduan untuk mencari isteri dari segi agama, keturunan, harta dan sekufu. Itulah, rasa sayang kepada isteri dan memanjakan isteri yang kurang didikan islam yang tak tentu tempat, akhirnya memakan diri sendiri. "Renung-renungkan dan selamat beramal!"
Di Desa Pinggiran Putra? emmmm.. tepuk dada tanya iman.
tapi...mungkin yang tak dapat ikut suami ke surau berprogram sebab menguruskan hal anak.. maklumlah, siapa yang nak tengok homework anak, nak siapkan baju sekolahnya, baju kerja suami, makan esok paginya... tapi kalau suami pun tolong sama, basuh pinggan, basuh baju, tolong ajar anak belajar...boleh sama2 berprogram kan....
yang bab menengking suami tu... sbb suami awal2 kahwin dah hilang kuasa.. pilihan tak betul, pilih sebab cantik?kaya?... tu lah padahnya...
tak gitu?
Dalam institusi rumahtangga, kita kena balik kepada asal matlamat sebuah perkahwinan, ikutilah panduan yang telah diajar dalam islam...saling ingat mengingati suami isteri...teguran dgn berhemah..spt contoh bagaimana pelakon Noorkumalasari berubah penampilan utk mengamalkan hijab. begitu juga dalam hal menuntut ilmu, isteri menggalakkan suami pergi ke surau, manakala suami memberikan kemudahan/izin isteri menyertai prg surau pulak...atau sesekali bawa satu keluarga ke surau, dengar ceramah..baru makmur surau dan masjid kita..Wallahua'lam.
Mungkin dia akan kata pulak "aku tak takut kat bini, masalahnya, bini aku tak takut kat aku".
Sekiranya masalah ini berlaku, suami pun salah dan isteri pun salah. Pakat2 rasa bertanggungjawab. Mintalah kerjasama dari suami atau pun daripada isteri. Jangan pulak sama-sama tak keroje.
Tapi, kalau laki keluar tiap2 malam, sembang dan melepak tak ketahuan dengan alasan "nak bagi bini takut kat aku" itu sudah salah. Memang patut bini tu berleter.