Menurut
adat Melayu, Bulan Safar seringkali dikaitkan dengan bulan membuang “sial”
kerana terdapat dalam alam adat melayu upacara khurafat seperti “mandi Safar”
bagi membuang sial. Walaupun pada
masa kini, amalan membuang sial ini telah beransur ditinggalkan namun terdapat
sesetengah pihak yang menjauhkan diri dari agama kerana beranggapan ianya suatu
kesialan yang menghalang dari kemajuan. Mendekatkan diri dengan agama hanya
membawa kepada pemikiran yang mundur kerana ia merupakan suatu dakwaan yang
bersifat dogma dan tidak disokong dengan fact and figure. Solat dan puasa,
kuliah dan ceramah agama dianggap tidak produktif kerana tidak membantu
meningkatkan ekonomi negara, melainkan hanya untuk memenuhi keperluan
kerohanian sahaja. Manakala, kuat berpegang dengan agama pula hanya akan
membawa kepada taassub dan ekstrimis semata-mata.
Oleh
sebab itu, menurut mereka, agama hanya perlu dijadikan sebagai urusan peribadi
sahaja, bukan untuk dijadikan sebagai asas untuk membentuk peraturan dan
undang-undang yang perlu dipatuhi oleh orang lain. Paksaan ini sebenarnya akan
membawa kepada suatu kongkongan yang menghalang hak asasi manusia. Setiap diri
manusia dan anggota masyarakat perlu diberikan ruang kebebasan untuk meneroka
minat, kecenderungan, naluri, bakat, kemahiran dan kecenderungan mengikut gaya
dan hak masing-masing. Memaksakan hukum hakam agama ke atas orang lain
merupakan pencabulan hak asasi manusia. Biarlah manusia melakukan apa sahaja
yang dimahunya asalkan tidak ganggu orang lain walaupun berjudi, menukar
jantina, minum arak, melakukan riba, tidak solat asalkan tidak ganggu orang
lain. Mengaitkan semua tindakan manusia dengan hukum hakam merupakan suatu
kesialan yang perlu dijauhkan.
Selain
itu, sesorang yang kuat berpegang dengan prinsip agama dianggap sebagai kolot,
dan mundur. Manakala seseorang yang melakukan jihad, amal makruf dan nahi
mungkar merupakan suatu kesialan yang perlu dihindar kerana ia membawa kepada
keganasan. Orang yang boleh tolerate dengan prinsip agama dianggap sebagai
terbuka, open minded dan sporting. Oleh sebab itu, kehadiran seorang ahli agama
dalam komuniti mereka dan dalam organisasi mereka akan memayahkan lagi keadaan
kerana ahli agama itu akan bercakap tentang dosa pahala yang bagi mereka
membawa kepada kesialan. Ahli agama tidak progresif, tidak produktif dan tidak
innovatif kerana asyik bercakap soal hukum, dan halal haram semata-mata.
Apakah jenis kesialan yang sebenarnya wujud pada diri mereka sendiri yang tidak mahu diikat dengan peraturan tuhan sedangkan perjalanan darah, degupan jantung dan pergerakan nadi patuh pada aturan Allah. Ada tak manusia yang boleh kawal perjalanan darahnya sendiri, degupan jantungnya dan pergerakan nadinya? Malahan nafas yang disedut itu sendiri pun kalau diminta untuk dibayar, manusia tidak mampu untuk membayarnya. Itu belum lagi ditanya tentang perjalanan bumi dan bintang, matahari dan bulan, siang dan malam. Buanglah kesialan liberal yang menganggap agama sebagai mundur dan kolot. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar.

0 Comments