Kalendar Masihi, Kalendar Kristian?


Terdapat pandangan popular di kalangan masyarakat Islam bahawa Kalendar Masihi adalah Kalendar Kristian, bukan Kalendar Islam. Ia berasal dari ciptaan Julius Caesar pada 46BC (sebelum masihi) yang merupakan antara orang yang terkenal dalam sejarah Roman. Kemudiannya, Kalendar ini dipinda sedikit sahaja oleh Pope Gregory XIII pada Februari 1582. Oleh kerana ia merupakan tarikh penting yang dikaitkan dengan ajaran kristian termasuk  kelahiran Nabi Isa atau Jesus, maka Kalendar ini dianggap sebagai Kalendar Kristian.  

Sebenarnya, Kalendar Masihi tidak hanya menjadi khusus kepada Kristian sahaja kerana Kalendar Masihi adalah kalendar yang berasaskan kepada perjalanan matahari. Sebagaimana Kalendar Hijrah bukan untuk orang Islam sahaja, kerana ia berasaskan kepada peredaran bulan. Kedua-dua bulan dan matahari adalah alam semula jadi yang Allah ciptakan untuk kegunaan semua manusia. Ini dijelaskan di dalam firman Allah:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (5)

Maksudnya: Allah lah yang menjadikan matahari sebagai terang dan bulan sebagai cahaya; dan Allah jugalah menetapkan beberapa …. supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan membuat perkiraan. Allah tidak menjadikan semua itu sia-sia melainkan dengan kebenaran. Allah jugalah memperincikan tanda-tanda untuk kaum yang mengetahui.



Cuma, mungkin ada sedikit kisah disebalik penciptaan kalendar yang dipopularkan oleh penganut agama yang berbeza. Kalendar Masihi dikaitkan dengan Kristian, manakala Kalendar hijrah dikaitkan dengan orang Islam. 

Sebenarnya alam semula jadi seperti bulan dan matahari, awan dan bintang, bumi, bukit bukau, sungai dan laut serta semua alam semula jadi adalah untuk kegunaan semua manusia,  sama ada Islam mahupun bukan Islam. Nature bukanlah milik sesuatu bangsa atau kaum, malah ia adalah milik semua.

Mari kita lihat sedikit fakta berkaitan dengan perderan bumi mengelilingi matahari.
Jarak perjalanan bumi mengelilingi matahari dalam masa satu tahun ialah sejauh 942juta kmh. Satu tahun bersamaan satu pusingan yang dinamakan dengan orbit. Dalam perjalanan ini, bumi berpusing sebanyak 365 kali bersamaan satu tahun. Sekiranya jarak 942 juta kmh dibahagikan dengan 8760 jam (diambil dari kiraan jumlah 365 hari x 24jam), maka kelajuan purata perjalanan bumi di dalam orbitnya sejauh 107,000 kmh. Sungguh laju dunia ini berjalan mengelilingi matahari. 

Manakala kelajuan putaran bumi pula 1600 kmh. Tetapi yang menghairankan ialah kita tidak pulak pening atau terpelanting dengan putaran bumi yang sangat laju ini.Ini kerana bumi mempunyai daya tarikan graviti yang menarik semua benda hidup dan objek ke pusat bumi dan menjadi berat. Jarak purata antara bumi ke matahari pula ialah sejauh 150juta kmh. 

Bulan mengelilingi bumi sekali pada setiap 27.322 hari. Namun begitu putarannya bukanlah betul-betul sepadan tetapi dalam bentuk bulatan yang sedikit diregang keluar yang dikenali sebagai orbit elips.

Ayat di atas menegaskan bahawa matahari dan bulan merupakan ukuran yang Allah berikan kepada manusia untuk menentukan bilangan tahun dan membuat kiraan. Ketika zaman awal manusia dahulu, manusia menjadikan siang dan malam sebagai ukuran, kemudian cara pengiraan berkembang dari masa ke semasa sehinggalah jam diwujudkan. 

Allah telah mengiktiraf perkiraan berasaskan kepada matahari dan bulan seperti mana dalam firmanNya:

وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِئَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا (25)
Maksudnya: Mereka tinggal dalam gua selama tiga ratus tahun (iaitu berasaskan tahun matahari) dan mereka menambah lagi sembilan tahun (berasaskan tahun matahari). Surah al-Kahfi.

Kesimpulannya, Kalendar Hijri dan Masihi itu adalah milik semua orang dan kedua jenis Kalendar itu boleh digunakan oleh orang Islam. 


Sedikit maklumat tentang kalendar Julian dan Gregorian.
Kalendar Julian mempunyai 365.25 hari setahun. Oleh kerana, putaran bumi mengelilingi matahari hanya selama 365.2422 hari, maka setiap satu millenium (seribu tahun), Kalendar Julian akan berlebih 7 - 8 hari. Masalah ini diselesaikan dengan hari-hari lompat yang agak berbeza pada kalendar baru ini. Pada kalendar Julian, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 merupakan tahun lompat.

Dalam Kalendar Gregory, tahun yang boleh dibahagi dengan 100 hanya dianggap sebagai tahun lompat, jika tahun ini juga boleh dibahagi dengan 400. Contohnya tahun 1700, 1800 dan 1900 bukan tahun lompat. Tetapi tahun 1600 dan 2000 merupakan tahun lompat. Dengan ini Kalendar Gregory mempunyai 365.2425 hari setahun.


Post a Comment

0 Comments