Friday, January 27, 2017

TAUHID VS LIBERALISME

TAUHID (Memberi autoriti pada Allah)
LIBERAL (Melepaskan diri dari Allah)

Analogi - Di kolej kediaman, warden melarang para pelajar membawa dapur. Namun ada pelajar yang tidak patuh arahan ini. Berikut adalah beberapa cara respon pelajar: 

📍1- "Ikut suka aku la, ada aku kesah. Mampuih pi lah warden, aku tak kira... " 
📍2- "Itu pandangan tuan, ikut suka sayalah nak bawa atau tidak, ini hak saya". 
📍3- "Tujuan larangan tu sebab kotor, saya seorang pembersih apa salahnya".
📍4- "Aku bawa juga sengap2, bukan warden tahu pun" 

*PENJELASAN*

Menerima perintah Allah bererti meletakkan diri dalam kepatuhan kepada Allah. Inilah intipati tauhid yang meletakkan autoriti yang tertinggi pada Allah iaitu mengikat segala tindakan dan perbuatan dengan ketetapan dari Allah. Inilah akidah Islam iaitu simpulan Islam yang mengikat hubungan antara Allah dan manusia. 

Sebaliknya, orang yang ingin meloloskan diri dari ikatan Islam dan melepaskan diri dari autoriti tuhan ialah berfahamam LIBERAL. Mereka bebas mengikut kehendak keinginan sendiri dan Memandang rendah terhadap ketetapan (hukum) agama. 


Dalam analogi di atas, diberikan beberapa cara respon pelajar terhadap peraturan dari pihak yang berwajib. Tafsiran terhadap respon mereka seperti berikut: 



📍No 1 dan 2, jelas menolak autoriti pihak yang berwajib. Orang begini mempertikai, menolak, menentang dan membangkang. Dari sudut bahasa, ia sepadan dengan maksud kufur. 

📍No 3 pun pada hakikatnya menolak juga. Cumanya ia agak berlapik. Orang begini cuba merasional arahan berkenaan tetapi dalam hatinya memang tak nak buat. Dikhuatiri jadi macam iblis yg mengemukakan lojik yang salah tempat. Khuatir juga jadi macam Abdullah bin Ubai (Ketua orang munafiq) yang suka bagi alasan dan sering mendakwa bahawa dia pun inginkan kebaikan (انا نحن مصلحون)

📍No 4 menerima autoriti, tetapi degil. Orang begini jadi fasiq kerana langgar perintah Allah. 

Ikatlah diri kita dengan gaya hidup Islam sepenuhnya. Jangan ikut jejak langkah syaitan yang bongkak. Lagi kuat keimanan kita kepada Allah, lagi kuat ikatan dan kepatuhan kita kepada Allah. 

Ciri keimanan yang ialah beriman kepada ghaib. Ia bertentangan dengan ideologi manusia yang berpaksikan kepada materialisme. 
هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ . ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ

Maksudnya: Al-Quran petunjuk kepada orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Al-Baqarah: 2-3)

*Lagi kuat ikatan kepada Allah, lagi kita akan menolak cara berfikir / ideologi manusia* ie. sosialisme, komunisme, liberalisme, dan isme-isme lain kerana pemikiran ini menumpukan kepada aspek material dan tidak membawa misi ketuhanan. Adakah ideologi2 ini mengajak beriman kepada Allah? 

*TAUHID VS LIBERALISME*

Dr. Muhamad Faisal 
Makkah al-Mukarramah.
27 Jan 2017.

1 comment:

Anonymous said...

Macam mana dr boleh kelas kan liberal sebagai lepas kan diri dari tuhan...takkan rigid sangat definisi liberal