Thursday, February 2, 2017

PEMBODOHAN ATAS NAMA AGAMA ATAU KEIMANAN KEPADA GHAIB?

Islam merupakan agama yang lojik, namun ada bahagian yang nampak macam tidak lojik tetapi ia adalah lojik dan mempunyai hikmah yang barangkali tidak diketahui oleh manusia. Justeru, inilah nilai keimanan yang terdapat di dalam Islam dan menjadi cabaran kepada dakwah Islam. 

1- Nabi Noh AS mengajak kaumnya beriman. Beliau membina kapal di daratan yg pada lojik manusia susah diterima. Namun beliau tidak gagal kerana baginda telah pun menjalankan usahanya.   

2- Nabi Ibrahim AS meninggalkan anak isterinya di kawasan lembah di tengah2 padang pasir yang kering kontang dan tiada air. Adalah ini suatu kegilaan tetapi Itu adalah perintah Allah. Beliau melaksanakannya dengan keimanan kepada Allah. Beliau meninggalkan mereka dalam keadaan pasrah kepada Allah dan berdoa. 

3- Nabi Musa AS membawa kaumnya sehingga berhadapan dengan Laut Merah. Tiada lagi tempat lari bagi mereka. Ketika itu mereka berkata, habislah kita kali ini. Tetapi Allah menolpng mereka dengan membelah laut merah. 

4- Nabi Yunus AS dicampak dalam laut dan ditelan oleh ikan. Kemudian ikan meluahkannya ke daratan (Ninawa, Iraq). Lojik akal kata, apabila dihumban ke dalam laut, tiada harapan untuk hidup. 

5- Rasulullah menjanjikan kepada Suraqah bin Malik gelang yg dipakai oleh Kerajaan Parsi, ketika baginda dihalau keluar dari Mekah dan dalam perjalanan ke Madinah. 

6- Semua peperangan yg dilalui oleh Rasulullah, tentera Islam sedikit berbanding tentera musuh dan mereka menang, melainkan Perang Uhud. Tentera yang sedikit menang setelah mereka berusaha dan Allah memberikan pertolongan. Namun, dalam peperangan Hunyan, tentera Islam ramai, tetapi tdak boleh menang dan nyaris kalah. 

Semua kisah di atas adalah antara secebis kisah tentang bantuan dari Allah kepada usaha untuk menegakkan Islam. Ia patut menjadi pengajaran kepada umat Islam pada hari ini agar tidak melupakan aspek ini. Semua bantuan ini setelah orang Islam berususah payah berusaha dan akhirnya barulah dapat bantuan dari Allah. 

Memang ada kisah yang Allah paparkan di dalam al-Quran yang pada zahir tidak lojik, tetapi ia berada dalam ilmu Allah. Jika kita laksanakan, Allah akan berikan hikmahnya. Kisah Nabi Noh dan Nabi Khidir dalam menuntut ilmu. Ilmu yang dimiliki oleh Nabi Musa ialah ilmu syariat tetapi ilmu yang dimiliki oleh Nabi Khidir ialah ilmu laduni. Bukanlah kita sekarang untuk menuntut ilmu laduni itu, tetapi Allah nak bagi tahu bahawa terdapat hikmah dari setiap satu perintah yang di luar kemampuan akal manusia. Ia akan tersingkap selepas beberapa ketika. Keimanan dan kesabaran penting dalam berhadapan dengan kemelut pemikiran ini. 


No comments: