Thursday, March 30, 2017

RASULULLAH DITUDUH TUKANG TILIK, ORANG GILA DAN SENIMAN MERAPU KERANA MENJANJIKAN KEMENANGAN YANG TIDAK LOJIK*

Sekiranya ada orang yang memandang sinis terhadap usaha dakwah, malahan merendahkan, menghina dan ingin menghapuskannya, kita perlu menerima hakikat bahawa itu adalah resam dan nature dalam jalan dakwah. Apatah lagi kalau yang kita sebut dan mengajak kepada sesuatu yang mungkin jauh dari lojik akal manusia. 

Ini telah berlaku pada Rasulullah yang dituduh sebagai orang gila, tukang tilik, seniman merapu dan ahli sihir kerana baginda menjanjikan kemenangan kepada orang yang beriman dan kemewahan hidup di syurga sedangkan orang Islam di Mekah hanya sekitar 200 orang sahaja. Tidak munasabah nak menang menentang Qurasyh. 

📍Marilah kita mengambil inspirasi dan kekuatan dari paparan kisah dari al-Quran yang berinteraksi dengan kita untuk memberikan semangat dan kekuatan kepada kita. 



————

*ALLAH BERFIRMAN: Berilah tazkirah (peringatan) kepada manusia. Jangan resah dengan tuduhan orang kafir yang mengatakan kamu tukang tilik dan orang gila kerana kamu menghebahkan nikmat syurga yang Kami limpahkan kepada kamu. Engkau bukanlah tukang tilik dan orang gila (sebagaimana yang mereka dakwa kerana engkau membawa kebenaran dari Allah).* Surah al-Tur: 29. 

Quraysh melancarkan Perang saraf (tuduhan) bahawa Rasulullah adalah tukang tilik, gila dan seniman merapu. Jika dilihat sepintas lalu, tuduhan Qurasyh itu mungkin ada lojiknya kerana Rasulullah membawa cerita tentang syurga dan neraka yang tidak masuk akal. Baginda membawa cerita ini kepada masyarakat Mekah dalam keadaan orang Islam ditindas, miskin, dihina dan tidak berdaya. Rasulullah membaca ayat al-Quran yang menjelaskan secara terperinci keadaan syurga yang menyediakan makanan yg enak, minuman yg lazat, katil yg tersusun, pinggan mangkuk dari mutiara yg terindah, termasuklah bidadari yang cantik. 

Keindahan bidadari itu pula digambarkan dalam hadis bukan sekadar pada raut wajahnya tetapi pada sosok fizikalnya yang transparent iaitu boleh dilihat sehingga turun naik darah dalam tulang peha dan betisnya. Ke semua itu ditempatkan dalam singgahsana yg mengalir dibawahnya sungai2. Hebattt. Mampukah orang Quraysh menerima tawaran itu dengan lojik akal tanpa keimanan.

Tentulah tawaran itu tidak munasabah. Tawaran syurga itu dibuat di Mekah dalam keadaan orang Islam sangat sedikit iaitu sekitar bawah dari 300 orang, ramai pula yang miskin, lemah dan ditindas. Dimanakah lojik Baginda menjanjikan kemenangan kepada orang yang memeluk Islam akan mendapat nikmat syurga yang tidak terbayang pada mata kasar manusia? Mungkin yang terbayang dalam minda dan bualan orang Quraysh bahawa "Muhammad pembawa cerita palsu dan dongeng"

Sungguhpun macam tidak lojik, tetapi Allah memerintahkan Rasulullah menyampaikan Islam dan menyebarkan semua berita gembira itu kepada masyarat Mekah. Biarpun maklum balas mereka dengan cara menuduh baginda sebagai tukang tilik, gila dan seniman mereng, Allah terus memerintahkan Rasulullah terus berdakwah. Untuk lebih detail, sila tadabbur Surah al-Tur: 17-30.

*Itulah resam dakwah kerana Islam perlu terus disampaikan biar apapun maklum balas dari manusia. Teruskan berjuang biarpun orang masih belum menerima dakwah lagi*

Dr. Muhamad Faisal


Tuesday, March 14, 2017

*ARAB JAHILIYYAH BUKAN BODOH TETAPI BERPEGANG DENGAN NILAI YANG SONGSANG*

Arab disifatkan dengan Jahiliyyah bukan bererti mereka bodoh sebagaimana yang difahami dari asal makna perkataan "Jahala" yang bermaksud bodoh. Malahan Mekah merupakan tempat tumpuan ibadat dan perdagangan kerana ia terletak di titik pertengahan antara Syam dan Yaman yang menjadikannya tempat tumpuan dan pertemuan. Kelebihan ini dikuatkan lagi dengan kewujudan Kaabah dan air zamzam. 

Sebenarnya ia adalah hasil dari doa Nabi Ibrahim AS yang meminta agar Mekkah dijadikan sebagai tempat tumpuan biarpun pada ketika itu Mekah adalah tempat yang kering kontang.  Sekaligus ia merupakan perancangan Allah untuk menjadikan Mekah bukan sekadar tempat tumpuan orang pada masa itu, tetapi ia juga sebagai pusat bumi. 

Orang Arab bukanlah terlalu “bodoh dan bengap” yang digambarkan dengan asal perkataan dengan jahiliyyah membawa maksud bodoh. Mereka mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan teknik dan kemahiran yg membolehkan mereka menguruskan haji dan kaabah dengan baik. Begitu juga, mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang membolehkan mereka mengurus kehidupan mereka dengan baik seperti Ilmu falaq, ilmu berburu dan ilmu syair. Mereka mempunyai tempat karnival yang dinamakan dengan Suq Ukaz, antara lain ialah pertandingan syair. 

Wujudkah Melayu Jahiliyyah?

Arab disifatkan sebagai Jahiliyyah kerana berpegang dengan nilai yang bercanggah dengan nilai manusia yang normal dan nilai Islam. Antaranya ialah:

Saturday, March 4, 2017

LAKSANAKAN ISLAM SEHINGGA JADI BUKTI, JANGAN TUNGGU BUKTI DAHULU BARUNAK LAKSANAKAN ISLAM

Ketika mula diperkenalkan bank Islam, ramai yang pada mulanya tidak percaya dengan kemampuan bank Islam yang wujud tanpa riba/ faedah. Namun, hasil berkat usaha dan kesungguhan semua pihak, perbankan Islam telah berjaya dibangunkan dan kini bukan sahaja wujud Bank Islam, tetapi ada juga Hong Leong Islamic Banking. Walau pun masih ada kelemahan tetapi, kalau tidak dibuat, bagaimana ingin melihat kejayaannya.

1985: Perspepsi orang ramai - Mana boleh wujud Bank Islam tanpa riba
2014- Hong Leong Islamic Banking terima award bank Islam terbaik



Ramai yang ingin melihat bukti terlebih dahulu sebelum boleh percaya. Namun, dalam Islam, Allah minta kita berusaha melaksanakan segala perintahnya dengan cara yang terbaik, biarpun bukti kejayaannya belum ada lagi pada masa kini. Namun, Allah memberi jaminan bahawa Islam adalah cara hidup yang terbaik dan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna, akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.