Sunday, July 9, 2017

PANDUAN QADA SOLAT?

ANDA PERNAH TINGGALKAN SOLAT WAKTU ZAMAN MUDA2 DAHULU? 

Sekiranya YA, anda *WAJIB* mengqada semula solat yg ditinggalkan itu. Berikut adalah panduan ringkas untuk melaksanakan nya: 

1- Menganggarkan berapa agaknya jumlah solat yg ditinggalkan. 
2- Kalau jumlah yg ditinggalkan itu sedikit dan anda tahu bilangannya, maka Qada terus semua solat itu. 

3- Kalau solat yg ditinggalkan itu banyak, cuba Qada satu solat setiap kali selepas mengerjakan solat fardu. Contoh: Setiap selepas Solat Subuh, buat satu lagi Solat Subuh Qada. Begitu juga, setiap selepas solat Zohor, Asar dll. 

4- Taubat iaitu Berazam untuk mengQada semula solat yg ditinggalkan itu. Yang lebih penting ialah azam tidak akan tinggal solat lagi. 

5- Kalau meninggal dunia sebelum sempat Qada semua solat, mudahan Allah ampunkan segala dosa kita kerana kita telah tunjukkan komitmen yg baik untuk Qada semua solat itu. 

Nota: Dosa tinggal solat besar sangat. Allah akan mengukur amalan seseorang (selepas Aqidah) berdasarkan kpd solatnya. Kalau tidak solat, Allah tidak pandang amalan yg lain. 

Lafaz niat : 
Sahaja aku solat fardu Asar, empat rakaat, qada kerana Allah Ta’ala. 
*contoh untuk Solat Asar.

Dr. Muhamad Faisal

Friday, July 7, 2017

BUKAN SEIMBANGKAN DUNIA & AKHIRAT, TETAPI LEBIHKAN AKHIRAT JANGAN LUPADUNIA

Akhirat itu ialah perkara yang mendatangkan pahala. Ia bermaksud akhir, iaitu lambat kerana urusan dosa dan pahala akan diperoleh selepas mati. Manakala, Dunia pula bermaksud dekat, iaitu perkara yang melibatkan urusan sebelum mati. Balasan dosa pahala selepas kematian. 

Mencari pahala bukan hanya dengan solat dan zikir dalam masjid, tetapi skopnya luas. Bermula dengan menyebut lailaha illa Allah hinggalah membuang duri tepi jalan. Boleh tak mencari pahala dengan duit, hp, FB, kereta, rumah, pinggan mangkuk, kerjaya kita, perniagaan kita, dll?? BOLEHHHH. Semua itu adalah ruang dan peluang untuk memperoleh pahala.

Luaskan pemikiran tentang konsep akhirat dan dunia, nescaya kita akan dapati Islam itu mudah dan rahmat. Seluruh aspek kehidupan adalah agama.

Allah berfirman:
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
Maksudnya: Berdasarkan kepada rezeki yg Allah kurniakan kepadamu, CARILAH AKHIRAT, JANGAN LUPA BAHAGIAN KAMU DI DUNIA. (Al-Qasas: 77)

Ayat ini jelas menyebut JANGAN LUPA DUNIA iaitu nak carilah kekayaan, keselesaan dan kesenangan, tetapi yang lebih penting dari itu ialah CARILAH PAHALA dari segala nikmat dan kurniaan Allah itu.

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا  وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ
Maksudnya: Tetapi kebanyakkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Al-A'la: 16-17)

Kedua dunia dan akhirat itu tidak sama, bagaimana ingin diseimbangkan?

DUNIA DIJADIKAN UNTUK KAMU, KAMU DIJADIKAN UNTUK AKHIRAT

Dr. Muhamad Faisal

Thursday, July 6, 2017

POLEMIK ISU SENTUH DAN PELIHARA ANJING – AGENDA LIBERALIS?

Polemik dalam Isu sentuh dan memelihara anjing bukanlah isu baharu. Sebelum merdeka lagi iaitu sekitar tahun pada tahun 1935-1940, isu jilatan anjing telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan ulama kaum Muda dan Kaum Tua di Kelantan dan melibatkan pihak Istana Kelantan. Usaha mengadakan muzakarah pada tahun 1936 gagal malahan menambahkan lagi titik bengik. Akhirnya, pada tahun 1937 satu muzakarah telah berjaya dilangsungkan di Istana Kelantan dan ia dihadiri oleh Ulama dalam negeri kelantan, Sultan Kelantan sendiri, termasuk Qadi Singapura. Kesimpulan dari muzakarah yang dilakukan ialah umat Islam bebas untuk mengikut mana satu pandangan sama ada maliki atau shafie bergantung kepada keperluan untuk pemeliharaan anjing itu.  


Kini isu ini berbangkit lagi. Sebelum ini ada “I want to touch the dog”. Ia bagaikan sengaja dicetuskan dan diberikan publisiti meluas yang dipercayai mempunyai tujuan yang tertentu. Bagaikan ada kesengajaan untuk menghangatkan lagi titik bengik antara umat Islam dalam isu khilafiyyah dan isu anjing ini dieksploit kerana sensitiviti orang melayu dengan anjing. 

Saya tidak pasti kaitan dengan mereka agenda liberal, tetapi kumpulan liberal memang suka mencabar amalan tradisi masyarakat yang sudah lama diamalkan dan mencabar hukum Islam serta merendahkan autoriti /pandangan ulama. Agenda kumpulan liberal ialah menghilangkan sikap hormat terhadap agama, Ulama dan hukum serta adat tradisi. Mungkin polemik dahulu di Kelantan melibatkan antara Kaum Muda dan Tua sahaja, tetapi kini ia sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu. 

Isu ini telah membuang masa orang Islam dengan berbahas dalam perkara khilafiyyah yang terlalu kecil. Orang Islam perlu mengelak dari termakan dengan provokasi pihak yang tidak ketahuan ini kerana orang Islam yang ada keperluan untuk membela anjing pun hanya sekelumit sahaja. Umat Islam perlu untuk berbincang dalam perkara yang lebih utama berbanding dalam isu yang seperti ini. 

Dr. Muhamad Faisal 

Maklumat lanjut polemik jilatan anjing di Kelantan, lihat di sini http://journalarticle.ukm.my/527/1/1.pdf

Tuesday, July 4, 2017

FOTO & SWAFOTO ANTARA TUNJUK DAN MENUNJUK: UJIAN HALUS DALAM MEDIA BAHARU

Foto dan swafoto adalah ujian halus kepada orang yang bekerja (beramal) untuk Islam dan kepada orang yang have have (berada). Pada asasnya, tiada halangan untuk share foto pada orang lain kerana kita berbicara dan MENUNJUKKAN nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Niat suci kita ialah untuk berkongsi keindahan, kecantikan, keseronokan, kemesraan dan lain2. Kalau ada orang puji foto kita, pujian itu milik Allah kerana keindahan itu dari Allah. 

Allah telah menegaskan: 
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan. (Al-Duha: 11)



Begitu juga, tiada halangan bagi kita untuk menunjukkan foto kita yang sedang bekerja untuk Islam seperti sedang bergotong royong. Ia sebagai galakan untuk rakan-rakan agar turut beramal dan juga sebagai bukti melaksanakan tanggungjawab yang digalas.

Namun, terdapat perbezaan antara tunjuk dan menunjuk-nunjuk. *TUNJUK* ialah amalan zahir yang dilihat dengan nyata. Namun, janganlah sampai ada sikap menunjuk-nunjuk. 

*MENUNJUK-NUNJUK* ialah amalan hati dan ia adalah sikap yang sukar untuk dikesan. Islam tidak membenarkan sikap ini kerana ia boleh menimbulkan sifat sombong, bangga diri dan boleh menanamkan rasa iri hati dalam kalangan masyarakat. 

*Boleh menunjuk, tetapi bukan menunjuk-nunjuk. Haluskan perbezaannya?.* Apabila foto dishare, tersemat di dalam hati macam-macam perasaan. Mungkin dicelah2 itu, terselit perasaan sombong, bangga diri, merendahkan orang lain, dll yang yang boleh menghakis sifat ikhlas dan menyuburkan sifat mazmumah. Tambahan pula, bisikan syaitan sering menyerang hendap terhadap amalan kita. Sikap ini yang perlu dicermati. 

Allah berfirman: 
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman: 18)

Betulkah?? 👇 
📌Orang yang tak berapa kaya, nak menunjuk nunjuk bahawa dia kaya. 
📌Orang yang tak berapa popular, nak menunjuk nunjuk bahawa dia hebat. 

📍Orang yg memang kaya dan popular, tak gaduh nak menunjuk nunjuk dah. Ke guane?

‼️Foto dan swafoto adalah ujian halus dalam media baharu kepada orang yang beramal . TUNJUK, BUKAN MENUNJUK-MENUNJUK.

Dr. Muhamad Faisal