Apabila disebut gerakan Islam, selalu terbayang di kepala bahawa ia perlu dan mesti menggunakan manhaj tarbiyyah ikhwan. Justeru, kalau menggunakan pendekatan lain, tidak dianggap sebagai gerakan Islam yang tulen. Kalau sebut, kumpulan ini menggunakan manhaj ikhwan, maka ia adalah jamaah yang palin tulen di atas muka bumi ini.
Persoalannya - Adakah ikhwan sahaja menjadi ukuran kepada penentuan sesebuah gerakan Islam?
Ikhwan menjadi contoh di dalam menanamkan fikrah dan membina petugas gerakan Islam atas sebab pengalaman mereka yang lama dalam bidang dakwah dan juga fikrah perjuangan mereka yang telah ditulis dan disusun dengan baik.
Namun, di dalam mengaplikasikan idealism perjuangan Islam, mestilah mengikut suasana setempat. Suasana dan persekitaran mereka tidak sama dengan negara lain seperti tidak dibenarkan menubuhkan parti politik dan pergerakan mereka secara underground.
Bukan memperkecilkan peranan dan sumbangan ikhwan di dalam bidang dakwah, tetapi pelaksanaan idealisme perjuangan mereka perlu mengambil kira peluang, cabaran dan halangan mengikut suasana negara masing-masing.
Wallahu a’lam.
Note: Ada orang kata IKRAM mengaku dia jadi wakil ikhwan di Malaysia. Nak tubuh parti politik dalam masa 5 tahun akan datang.
3 Comments