Kenapa Berdoa: Allah tak tau susah senang manusia?

Doa bukan sekadar suatu ibadat kepada Allah, malah ia juga merupakan intipati kepada ibadat.

Kenapa kita disuruh berdoa? Apakah Allah tak tau masalah manusia sehingga perlu mereka menyuarakannya kepada Allah? Dengan kata lain, Allah hanya terus melunaskan keinginan dan keperluan manusia tanpa terus meminta-minta lagi.

Kita perlu membezakan antara pengemis yang meminta kepada kita dengan pengemis dengan Allah. Kita membenci pengemis dan memandang rendah kepada mereka sedangkan Allah suka kepada pengemis dan seringkali mengadu susah senang kepada Allah.

Kalau ada orang meminta kepada kita duit, kalau sekali dua tak perla. Tapi kalau banyak kali, bukan duit yang diberi tetapi pelempang yang mungkin diberi.

Tetapi Allah suka kepada mereka yang meminta-meminta dengannya. Lagi banyak minta, lagi Allah suka. Ini tanda seseorang itu tunduk memperhambakan dirinya kepada Allah. Ia tidak bongkak dan berlagak. Ketika susah ia meminta kepada Allah dan ketika senang pun dia minta dari Allah. Dia sedar bahawa kesenangan yang ia perolehi itu bukan disebabkan usahanya tetapi disebabkan oleh pemberian dari Allah.

Adakah kita orang rajin berdoa dan mengharapkan sesuatu dari Allah? Atau adakah berdoa dalam keadaan melepaskan batuk ditangga sahaja. Jangan tidak sahaja. Kita merasakan bahawa usaha kita yang memberi bekas sedangkan ke semua itu adalah dari Allah.

Post a Comment

1 Comments

Hasan said…
Orang yang memberikan tumpuan lebih kepada zikir, maka Allah akan berikan kepadanya lebih daripada apa yang ia Allah berikan kepada orang yang meminta..

من شغله ذكرى عن مسائلتى اعطيته افضل مما اعطى السائلين