Saturday, January 31, 2015

KUAT AQIDAH KUAT BERDAKWAH (Siri 1)

Apa Erti Saya Meyakini Aqidah Islam (Siri1)
1- Apabila kita mengucap dua kalimah syahadah, ia bermakna bahawa kita meyakini bahawa hanyalah Allah tuhan yang satu dan hanyalah Islam satu2nya agama yang betul. Inilah prinsip tauhid yang bermaksud "MENSATUKAN" iaitu menganggap ketuhanan hanyalah satu dan kebenaran itu juga adalah satu. 




2- Inilah juga perjanjjan yang telah dibuat ketika mana kita berada pada alam roh dahulu. 

3- Atas prinsip inilah kita meyakini bahawa cara hidup yang lain daripada Islam adalah ditolak. Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan berpegang dengan keyakinan selain dari Islam, mati dalam keadaan kufur. Mereka akan ditempatkan di dalam neraka.

4- Sejarah yang paling buruk dan paling rugi dalam hidup seseorang manusia apabila mati dalam keadaan kufur kerana akhir kesudahan mereka di dalam neraka. Oleh kerana pentingnya point ini, Allah meletakkan nya di dalam rukun iman yg keempat iaitu beriman dengan hari kiamat, iaitu kesudahan nasib manusia.

5- Tugas seorang manusia yang meyakini akidah Islam ialah DAKWAH

5-1- cuba dan berusaha mengajak manusia yg belum lagi memeluk Islam agar menganut Islam. Atau sekurang2 nya dia boleh terima kebenaran Islam. 

5-2- cuba mengajak mereka yang berfahaman dengan cara hidup atau gaya berfikir barat (sosialis, komunis, sekular dll) agar menerima Islam sebagai cara hidup. 

6- Kita mengajak semua manusia agar menerima Islam kerana kita sayangkan mereka semua. Kita meneruskan risalah yang dibawa oleh Rasulullah iaitu mengajak manusia kepada Allah. 

7- LAGI KUAT KEYAKINAN KEPADA AQIDAH ISLAM, LAGI KITA PERLU KUAT BERDAKWAH UNTUK SELAMATKAN MANUSIA. APA  ERTINYA KITA MEYAKINI AQIDAH ISLAM, KALAU KITA TIDAK MEYAKINI ISLAM SEBAGAI AGAMA YG PALING BENAR.

Dr. Muhamad Faisal

Thursday, January 29, 2015

Malaysia Menerima Human Right dan Liberal?: Isu Sebenar Kes Rotan


Isu rotan menjadi isu panas sehari dua ini berikutan cadangan yang dikatakan dari pihak tertentu untuk memperkenalkan undang-undang mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan rotan terhadap kanak-kanak, termasuk anak mereka sendiri. Hal ini dipercayai berikutan tuntutan United Nations Convention on the Rights of the Child (UNICEF) iaitu sebuah badan di bawah PBB yang menumpukan kepada hak kanak-kanak, yang menggesa Malaysia agar mengikuti ke semua peruntukan (article) di dalam Convension Right of Child (CRC). Walau pun rotan tidak disebut secara khusus di dalam CRC tetapi secara tidak langsung CRC melindungi hak kanak-kanak dari dianiaya termasuklah dari dirotan. Oleh sebab itu, apabila Malaysia digesa untuk memenuhi CRC, rotan merupakan antara isu yang menjadi panas kerana Malaysia khasnya orang Islam terikat dengan ajaran Islam.



Pada tahun 1995, Malaysia telah menandatangani CRC walau bagaimanapun tidak semua articles dalam CRC itu Malaysia ikut. Pada tahun 2001, Malaysia memperkenalkan Akta Kanak-kanak 2001 bagi menggantikan 3 akta lain iaitu Juvenile Court Act 1947, the Women and Young Girls protection Act 1973, and the Child Protection Act 1991. Secara khususnya akta yang baru ini diperkenalkan untuk memenuhi tuntutan CRC di bawah the United Nations Convention on the Rights of the Child. Ia telah pun menyebut secara jelas tentang segala bentuk seksual, fizikal, emosi, dan pengabaian dan jelas mengenai pelbagai bentuk penderaan dan apa yang tidak boleh bertolak ansur dalam sistem undang-undang.

Pada 2009, kerajaan memperkenalkan the National Child Policy/National Policy for Children and its Plan of Action on the General Principles of the CRC. Pada tahun yang sama, kerajaan turut memperkenalkan the National Child Protection Policy and the National Plan of Action for Child Protection yang secara khususnya menumpukan kepada meningkatkan kesedaran dan komitment semua pihak kepada penjagaan kanak-kanak. Pada 2010, Malaysia telah memberikan persetujuan terhadap beberapa lagi artikel dalam CRC namun Malaysia masih lagi mengekalkan pendiriannya untuk tidak mengikuti beberapa articles dalam CRC. Beberapa articles itu masih lagi bercanggah dengan undang-undang sivil dan undang-undang Islam di Malaysia. 

Cubaan menerima gesaan agar memenuhi semua tuntutan CRS dilihat sesuatu yang mengancam  agama, budaya dan sistem nilai yang terdapat dalam negara ini. CRC merupakan suatu convenvion yang menyediakan suatu panduan yang terlalu liberal dan sangat demokratik untuk menjaga hak kanak-kanak.

Adakah Malaysia ke arah mengadaptasikan CRC (yang liberal)? Bersediakah kita? 
Secara tidak langsung ia memenuhi tuntutan COMANGO

Sunday, January 25, 2015

Panduan Merotan Anak Menurut Hadis

Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk pendekatan kasih sayang Rasulullah terhadap kanak-kanak termasuklah. Berikut adalah beberapa panduan dari Rasulullah terhadap cara merotan anak. 



1. Merotan atau memukul ketika anak berumur 10 tahun

Rasulullah bersabda:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر

Maksudnya: (Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)

Ulasan saya: BOLEHKAH MEROTAN SEKIRANYA KURANG DARI 10 TAHUN? Jawapannya BOLEH. Hadis tersebut tidaklah menunjukkan larangan memukul anak kurang dari 10 tahun. Namun, prinsip yang diperkenalkan di dalam hadis ini ialah tentang pendekatan dalam mendidik anak dengan cara kasih sayang seperti memberi pujian, galakan, gesaan, suruhan dan ajakan dengan kata-kata yang lembut perlu menjadi keutamaan pada usia anak sehingga menjelang 10 tahun. Pada tahap ini mereka mungkin tidak faham kenapa sesuatu kewajipan itu diperkenalkan kepada mereka. Maka pendekatan yang lembut yang disertakan dengan penjelasan boleh memahamkan mereka dan membiasakan mereka dengan kewajipan itu. Kebijaksanaan ibu bapa amat diperlukan pada tahap ini kerana mereka pendekatan yang berhemah di samping contoh teladan yang baik dari ibu bapa dan keluarga dapat menarik mereka melaksanakan kewajipan dan mengenali tanggungjawab 

Bagi anak yang berumur 10 tahun ke atas, mereka telah dan boleh mengetahui erti kewajipan dan tanggungjawab serta implikasi sekiranya mereka meninggalkannya. Semua penjelasan dan kefahaman telah diberikan kepada mereka, cuma ketegasan ibu bapa amat diperlukan pada tahap ini agar mereka dapat melaksanakan sesuatu perkara itu secara sendiri, tanpa disuruh-suruh lagi. Sekiranya masih lagi berdegil dan tidak mahu melaksanakannya, kata-kata tidak lagi berguna (berkesan) dan ketegasan dalam bentuk tindakan amat diperlukan. Di situlah fungsi rotan.

Secara tidak langsung, hadis ini membuktikan bahawa rotan memang merupakan salah satu dari cara mendidik di dalam Islam. Menafikan langsung rotan sebagai salah tool dalam pendidikan adalah salah. Namun, tidak semua kesalahan itu perlu dirotan. Mungkin dalam beberapa keadaan, mereka yang melakukan kesalahan itu itu perlu dijamu makan dan diberikan wang kerana kesalahan yang dilakukan itu sebenarnya bukan kerana mereka jahat tetapi untuk mendapatkan perhatian. Mereka kurang kasih sayang.  

 
2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas. 

Rasulullah bersabda:
لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود

Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Riwayat al-Bukhari)

Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.

Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas. 

Ulasan saya: Rotan bukanlah matlamat, tetapi ialah adalah wasilah bagi mencapai matlamat mendidik anak dengan akhlak yang mulia. Sekiranya ibu bapa masih melihat anak pada usia 7-12 tahun ada potensi menjadi liar (suka melawan, culas dll) sesuatu perlu dilakukan seperti menghantar kem yang panjang, mengubah suasana rumah, berpindah dll yang difikirkan sesuai. Merotan untuk menimbulkan ketakutan kepada anak-anak tetapi sekiranya rotan itu tidak berkesan, pendekatan lain perlu dilakukan. Sekiranya dirotan juga, dikhuatiri anak-anak hanya mendapat sakit (dirotan) tanpa ada sebarang pengajaran.

3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit. 

Rasulullah bersabda:
عن زيد بن أسلم : أن رجلا أعترف بنفسه بالزنى على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوط فأتي بسوط مكسور فقال : (فوق ذلك) فأتي بسوط جديد لم تقطع ثمرته فقال : (بين هذين) فأتي بسوط قد لان وركب به فأمر به فجلد

Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya. (al-Muwatta’)

Ulasan saya: Rotan bukan untuk menyakitkan anak, tetapi untuk memberi pengajaran dan mendsiplinkan mereka. Kalau lah rotan itu tidak boleh memberikan pengajaran lagi, (mungkin kerana sudah terlalu tegar), maka gunalah pendekatan yang lain yang dirasakan lebih berkesan. Rotan merupakan salah satu tool dan pendekatan sahaja. Tidak boleh kata "rotan bukan merupakan pendekatan di dalam Islam" dan tidak juga boleh kata "kalau tak rotan tak jadi apa". Pokoknya, sejauhmanakah ibu bapa berjaya mendsiplinkan anak. Di sinilah terletaknya kebijaksanaan ibu bapa dalam mendidik anak.

4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:

i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja. 
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya. 

5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)

Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan. 

Rasulullah bersabda:
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : (إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه) رواه أبوداود.

Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya (Riwayat Abu Daud)

Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotak di tapak tangan dan kaki. 

 
6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah. 

Rasulullah bersabda:
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال صلى الله عليه وسلم (إذا ضرب أحدكم خادمه فذكر الله فارفعوا أيديكم) رواه الترمذي

Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. (Riwayat al-Tirmizi)

Ulasan saya: Membaca bismillah atau menyebut nama Allah KETIKA MEROTAN merupakan pendekatan yang baik kerana ia akan mengingatkan kita bahawa tindakan itu bukan berasaskan kepada emosi semata-mata atau geram/ marah dll. Tetapi tindakan itu diambil untuk mendisiplinkan anak-anak. Merotan biarlah dalam keadaan sedar diri dan faham kenapa rotan merupakan tindakan yang perlu diambil. Bukan sahaja ibu bapa, malahan anak-anak pun kena faham kenapa tindakan perlu diambil kepada mereka. Bukan terus merotan tanpa merasionalkan tindakan itu. 

 
Tulisan hitam: Rujukan/ terjemahan dari http://www.saaid.net/tarbiah/46.htm
Tulisan merah itu adalah ulasan saya. 

myfaisal 
 

Friday, January 16, 2015

Khutbah: Kepentingan berdoa ketika ditimpa musibah

Teks penuh klik sini

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ. أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وحده، صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده، وهزم الأحزاب وحده وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. أدى الأمانة وبلغ الرسالة ونصح الأمة وجاهد في الله جهاده
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْن. أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Saya berpesan buat diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan beriltizam di atas jalan-Nya (agama-Nya) dan mengelakkan diri dari terpesong dari jalan yang lurus ini.

Allah telah berfirman:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Innalillahi Wainaailahi Rajiun' (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali’)" (Al Baqarah: 156)

Sidang Jumaat sekalian,

Pada awal tahun baru masihi 2015, negara kita di Pantai Timur khasnya berhadapan dengan musibah yang sangat besar, yang tidak terjangkau oleh pemikiran kebanyakan daripada kita. Hampir seluruh Jajahan di negeri Kelantan telah ditenggelami banjir yang luar biasa, termasuklah di beberapa daerah di negeri Pahang, Trengganu, Perak dan Perlis. Kawasan kediaman musnah, beberapa tempat ditenggelami air sehingga lebih 30 meter, banyak rumah yang roboh, tidak kurang pula yang musnah dan dihanyutkan air, kenderaan pula banyak yang rosak, banyak binatang ternakan mati, tanaman habis musnah, dan berbagai lagi kerosakan dan kemusnahan yang berlaku. Ia bagaikan mini tsunami yang kita tidak terfikir bagaimana banjir sehebat ini boleh berlaku dalam negara kita. 

Khutbah pada hari ini membincangkan tentang persiapan rohani dalam berhadapan dengan musibah yang besar itu. Adakah kita berhadapan dengan hati yang penuh keimanan dan ketundukan kepada Allah? Atau adakah kita berhadapannya dengan hati yang penuh sangsi dengan sifat keadilan Allah? Mungkin ada lintasan datang dalam benak hati dan bisikan syaitan yang berbisik bahawa Allah telah menzaliminya dan tidak berbuat adil kepadanya.

Thursday, January 1, 2015

Kalendar Masihi, Kalendar Kristian?


Terdapat pandangan popular di kalangan masyarakat Islam bahawa Kalendar Masihi adalah Kalendar Kristian, bukan Kalendar Islam. Ia berasal dari ciptaan Julius Caesar pada 46BC (sebelum masihi) yang merupakan antara orang yang terkenal dalam sejarah Roman. Kemudiannya, Kalendar ini dipinda sedikit sahaja oleh Pope Gregory XIII pada Februari 1582. Oleh kerana ia merupakan tarikh penting yang dikaitkan dengan ajaran kristian termasuk  kelahiran Nabi Isa atau Jesus, maka Kalendar ini dianggap sebagai Kalendar Kristian.  

Sebenarnya, Kalendar Masihi tidak hanya menjadi khusus kepada Kristian sahaja kerana Kalendar Masihi adalah kalendar yang berasaskan kepada perjalanan matahari. Sebagaimana Kalendar Hijrah bukan untuk orang Islam sahaja, kerana ia berasaskan kepada peredaran bulan. Kedua-dua bulan dan matahari adalah alam semula jadi yang Allah ciptakan untuk kegunaan semua manusia. Ini dijelaskan di dalam firman Allah:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (5)

Maksudnya: Allah lah yang menjadikan matahari sebagai terang dan bulan sebagai cahaya; dan Allah jugalah menetapkan beberapa …. supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan membuat perkiraan. Allah tidak menjadikan semua itu sia-sia melainkan dengan kebenaran. Allah jugalah memperincikan tanda-tanda untuk kaum yang mengetahui.



Cuma, mungkin ada sedikit kisah disebalik penciptaan kalendar yang dipopularkan oleh penganut agama yang berbeza. Kalendar Masihi dikaitkan dengan Kristian, manakala Kalendar hijrah dikaitkan dengan orang Islam. 

Sebenarnya alam semula jadi seperti bulan dan matahari, awan dan bintang, bumi, bukit bukau, sungai dan laut serta semua alam semula jadi adalah untuk kegunaan semua manusia,  sama ada Islam mahupun bukan Islam. Nature bukanlah milik sesuatu bangsa atau kaum, malah ia adalah milik semua.

Mari kita lihat sedikit fakta berkaitan dengan perderan bumi mengelilingi matahari.
Jarak perjalanan bumi mengelilingi matahari dalam masa satu tahun ialah sejauh 942juta kmh. Satu tahun bersamaan satu pusingan yang dinamakan dengan orbit. Dalam perjalanan ini, bumi berpusing sebanyak 365 kali bersamaan satu tahun. Sekiranya jarak 942 juta kmh dibahagikan dengan 8760 jam (diambil dari kiraan jumlah 365 hari x 24jam), maka kelajuan purata perjalanan bumi di dalam orbitnya sejauh 107,000 kmh. Sungguh laju dunia ini berjalan mengelilingi matahari. 

Manakala kelajuan putaran bumi pula 1600 kmh. Tetapi yang menghairankan ialah kita tidak pulak pening atau terpelanting dengan putaran bumi yang sangat laju ini.Ini kerana bumi mempunyai daya tarikan graviti yang menarik semua benda hidup dan objek ke pusat bumi dan menjadi berat. Jarak purata antara bumi ke matahari pula ialah sejauh 150juta kmh. 

Bulan mengelilingi bumi sekali pada setiap 27.322 hari. Namun begitu putarannya bukanlah betul-betul sepadan tetapi dalam bentuk bulatan yang sedikit diregang keluar yang dikenali sebagai orbit elips.

Ayat di atas menegaskan bahawa matahari dan bulan merupakan ukuran yang Allah berikan kepada manusia untuk menentukan bilangan tahun dan membuat kiraan. Ketika zaman awal manusia dahulu, manusia menjadikan siang dan malam sebagai ukuran, kemudian cara pengiraan berkembang dari masa ke semasa sehinggalah jam diwujudkan. 

Allah telah mengiktiraf perkiraan berasaskan kepada matahari dan bulan seperti mana dalam firmanNya:

وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِئَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا (25)
Maksudnya: Mereka tinggal dalam gua selama tiga ratus tahun (iaitu berasaskan tahun matahari) dan mereka menambah lagi sembilan tahun (berasaskan tahun matahari). Surah al-Kahfi.

Kesimpulannya, Kalendar Hijri dan Masihi itu adalah milik semua orang dan kedua jenis Kalendar itu boleh digunakan oleh orang Islam. 


Sedikit maklumat tentang kalendar Julian dan Gregorian.
Kalendar Julian mempunyai 365.25 hari setahun. Oleh kerana, putaran bumi mengelilingi matahari hanya selama 365.2422 hari, maka setiap satu millenium (seribu tahun), Kalendar Julian akan berlebih 7 - 8 hari. Masalah ini diselesaikan dengan hari-hari lompat yang agak berbeza pada kalendar baru ini. Pada kalendar Julian, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 merupakan tahun lompat.

Dalam Kalendar Gregory, tahun yang boleh dibahagi dengan 100 hanya dianggap sebagai tahun lompat, jika tahun ini juga boleh dibahagi dengan 400. Contohnya tahun 1700, 1800 dan 1900 bukan tahun lompat. Tetapi tahun 1600 dan 2000 merupakan tahun lompat. Dengan ini Kalendar Gregory mempunyai 365.2425 hari setahun.