Tuesday, December 29, 2015

TAQWA & TOLAK ANSUR ASAS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

Sesungguhnya, ASAS KEBAHAGIAAN rumah tangga ialah bertaqwa kepada Allah dan sikap bertolak ansur. 

Bukan sebab muka lawa kerana ramai yang lawa, tapi TIDAK BAHAGIA.
Bukan sebab kaya kerana ramai yang kaya, tapi TIDAK BAHAGIA.
Bukan sebab pandai kerana ramai yang pandai, tapi TIDAK BAHAGIA.
Bukan sebab ada pangkat ramai juga org yg ada pangkat, tapi TIDAK BAHAGIA.
Bukan sebab belanja kenduri mahal kerana betapa ramai belanjawa kawin puluhan ribu, tapi TIDAK BAHAGIA.
Bukan sebab putih atau hensem kerana betapa ramai yang putih hensem, tapi TIDAK BAHAGIA


YG PERTAMA
Orang yg bertaqwa akan mengenali dirinya dan boleh mengawal jiwanya sendiri kerana dia tahu sempadan dan batasan hukum yang dia perlu patuh sebagai seorang Muslim. Dia juga akan selalu merasa cukup dan berasa bahagia dengan apa jua yang Allah berikan kepadanya. 

Manakala orang yang tidak / kurang bertaqwa akan mudah tergelincir dari perintah Allah dan sentiasa berasa tidak cukup dalam kehidupan. Mereka akan mudah:
1- terpesona dengan isteri orang dan anak dara orang sehingga terlibat dengan zina, 
2- ingin pakaian dan memiliki perhiasan yang mewah yang melebihi kemampuan
3- ingin memiliki rumah dan kenderaan yang melebihi kemampuan. 
4- dengki atau tidak berpuas hati dengan kejayaan orang atau kelebihan orang lain yang mengatasinya 

Sifat dengki yang ada padanya akan menjadikannya tidak bahagia apabila melihat orang lain lebih darinya.

Keinginan yg tinggi akan mendorong mereka bekerja lebih, siang dan malam hingga penat sedangkan keinginan mereka masih tidak tercapai. Apabila badan pun letih dan duit pula tidak cukup akan mudah MELENTING apabila berlaku sesuatu dalam rumah tangga. 


YG KEDUA
Suami isteri yang bertolak ansur dan mengenepikan kepentingan diri demi kebahagiaan pasangan dan anak-anaknya. Orang yg bahagia ialah orang yg rajin memberi. 

Kedua-dua pasangan yg masing2 ego dan tidak mahu beralah akan mengakibatkan rumah tangga berantakan. Masing2 fikirkanlah kebaikan dan kebahagiaan pasangan, Insya Allah akan mendapat kebahagiaan. 


PERCERAIAN BUKAN SEBAB faktor orang ketiga, duit tidak cukup, tidak sefahaman dll tetapi kebanyakannya disebabkan kerana TIDAK SOLAT (kurang taqwa) dan kurang tolak ansur. 

Saturday, December 26, 2015

KENAPA DUNIA ISLAM SELALU DIKAITKAN DENGAN PERPECAHAN DAN PEPERANGAN?


Coretan sempena Multaqa Alumni Al-Azhar 16-18 Dis 2015, KL. (Siri 3)

KENAPA DUNIA ISLAM SELALU DIKAITKAN DENGAN PERPECAHAN DAN PEPERANGAN? Sehingga ia menjadi hujah yg sering digunakan untuk menghantam Islam. 

Sedarkah,
1- Syaitan tidak pernah senang dan tidak akan berdiam diri apabila melihat umat Islam melaksanakan ajaran Islam. 
2- Syaitan sentiasa berusaha untuk memastikan umat Islam berpecah belah. 
3- Syaitan berusaha untuk menjadikan orang Islam bersatu pun, bersatu atas dasar kebatilan dan menolak syariat.

Perpecahan dan perperangan adalah misi penting bagi syaitan dan salah satu objektif bagi mencapai matlamat menyesatkan manusia. 


Perpecahan adalah salah satu cara untuk membawa kesatan kepada manusia apabila masing-masing mempertahankan idea biarpun bertentangan dengan Islam. Ini adalah antara alasan kenapa dunia Islam tidak sunyi dari perpecahan dan peperangan. 

Friday, December 25, 2015

MENGURUSKAN KAJIAN KUALITATIF (interview, focus group, analisiskandungan)

TAJUK KAJIAN - Ada diselitkan variable yang ingin dikaji.

PENDAHULUAN - Menjelaskan latar belakang dan gambaran kasar tentang topik kajian.

PERMASALAHAN - Kenapa kajian ini dilakukan? 

OBJEKTIF - Apa yang ingin dicapai dalam kajian ini?

Objektif 1
Objektif 2
Objektif 3



BAB 1 - Proposal kajian 

BAB 2 - Kerangka konsep dan aspek yang berkaitan dengan objektif 

Objektif 1 - Variable / Konstruk 1 
Objektif 2 - Variable / Konstruk 2
Objektif 3 - Variable / Konstruk 3 

LR akan menjelaskan secara konsep apsek yang ingin diterokai dalam kajian ini. Jelaskan LR tentang dapatan kajian lalu namun biasanya dalam kajian kualitatif sedikit.

BAB 3 - Metode kajian 

Jelaskan secara operasi aspek yang ingin dikaji dalam setiap konstruk
Konstruk 1 
Konstruk 2 
Konstruk 3 

Jelaskan bagaimana kajian itu akan dijalankan, sample kajian dll. 

BAB 4 - Dapatan 

Dapatan kajian akan membahaskan tentang 
Objektif 1 - Variable / Konstruk 1 
Objektif 2 - Variable / Konstruk 2
Objektif 3 - Variable / Konstruk 3 

Huraian dapatan dalam kajian kualitatif lebih banyak berbanding kuantitatif kerana ia akan mentafsirkan keseluruhan dapatan. 

KESIMPULAN - Menghuraikan dapatan itu dan kegunaannya pada masa akan datang. 

Tuesday, December 15, 2015

MENGURUSKAN KAJIAN KUANTITATIF (soal selidik)


TAJUK KAJIAN - Perlu diselitkan variable yang ingin dikaji.




PENDAHULUAN - Menjelaskan latar belakang dan gambaran kasar tentang topik kajian.

PERMASALAHAN - Kenapa kajian ini dilakukan? 

OBJEKTIF - Apa yang ingin dicapai dalam kajian ini?
Objektif 1
Objektif 2
Objektif 3

BAB 1 - Proposal kajian 

Wednesday, December 9, 2015

TEKNIK PENULISAN ALAM MAYA

Tajuk
Mestilah mengandungi unsur yang boleh menarik minat pembaca seperti:
- elemen provokasi,
- dikaitkan dengan seseorang yang popular,
- isu yang panas,
- sesuatu yang mengejutkan.



Pendahuluan: Perenggan 1-2
Ia meliputi
1- “Kenyataan utama” atau “keseluruhan mesej” yang ingin disampaikan oleh penulis.

2- Apabila isu itu sangat luas, penulis perlu memilih sudut tertentu yang ingin disentuh
3- Menyusun idea dengan baik

Tips: Selepas membaca perenggan pertama, pembaca tahu tujuan dan matlamat utama kepada penulisan itu.
Tips membuat perenggan
1- Setiap perenggan mestilah menjawab satu isi sahaja
2- Setiap perenggan mengandungi 3 ayat ke atas.
3- Kelancaran idea dari satu perenggan ke perenggan yang lain


Penyusunan perenggan
1- Setiap perenggan mestilah menjawab satu isi sahaja
2- Setiap perenggan mengandungi 3 ayat ke atas.
3- Kelancaran idea dari satu perenggan ke perenggan yang lain



Penyusunan isi: Perenggan 3-5
Olahan penulisan mestilah menggunakan kata-kata yang tepat dan yakin bersama penghujahan yang tuntas berteraskan kepada*
1- Quran dan Hadis yg dihuraikan secara rasional
2- Rasional dan lojik akal yang kuat
3- Data dan fakta
4- Pengalaman peribadi
5- Fakta sejarah
(tidak mesti semua ada, tetapi mengikut kesesuaian topik perbincangan)



Penutup
Ia mengandungi kesimpulan yang tuntas, padat dan menegaskan semula isi utama (thesis) yang dikemukakan dalam pendahuluan.

Nota: Thesis ialah idea utama yang anda ingin ketengahkan.
 

Monday, December 7, 2015

BEBERAPA KESALAHAN BIASA DALAM KAEDAH PENYELIDIKAN


Terdapat pelajar yang mengemukakan proposal penyelidikan mereka di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM dan di sini saya paparkan perkara yang selalu menjadi masalah kepada pelajar. 


KAJIAN MEMBINA MODUL
Terdapat kecenderungan pelajar yang ingin mengkaji modul. Mengkaji modul ialah dengan cara menilai keberkesanan / mengkaji permasalahan dalam pelaksanaan modul yang sedang dilaksanakan / diamalkan itu. 

Sekiranya matlamat untuk membangunkan modul seperti membangunkan modul pengajaran untuk orang asli di kawasan luar bandar, maka yang perlu dikaji ialah masalah mereka atau kelemahan modul yang sedia ada. Dari dapatan kajian itu, pelajar boleh mencadangkan / membangunkan modul untuk mengatasi masalah itu atau menambahbaik kelemahan yang sedia ada. 

TEKNOLOGI DORONG ANAK MUDA MENGKRITIK

Anak muda kini berada dalam zaman teknologi yang menggalakkan masyarakatnya berfikir. Lagi banyak teknologi menandakan lagi banyak orang yang berfikir kerana menghasilkan sesuatu teknologi mestilah dengan berfikir. Sama ada  mereka berfikir secara matang atau sebaliknya, akan di ulas dalam kesempatan yang lain. Apa yang pasti di sebalik teknologi itu ialah berfikir. 


Sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi, generasi muda diajar menggunakan alat komunikasi itu dengan pelbagai cara, sementelah lah pula ia adalah alat serbaguna. Mereka menggunakan alat itu untuk bersms, berwasap, mengurus emel, membayar pelbagai bil, online shopping, dan termasuklah bermain game. 

1- Teknologi komunikasi ini telah mendorong penggunanya menggunakan teknologi ini secara sendiri tanpa bergantung dengan orang lain. Semuanya boleh dibuat dengan bantuan alat teknologi.
KESAN - Hidup menjadi individualistik dan jiwa menjadi kecil iaitu menumpukan kepada kepentingan diri sendiri sahaja berbanding kepentingan orang lain. Jiwa besar ialah mereka yang boleh bersusah payah untuk orang lain atau mengenepikan kepentingan diri untuk orang lain. Pertimbbangan berasaskan kepada kemanusiaan sudah semakin longgar. 


Wednesday, December 2, 2015

ISLAM TIDAK PERLU DISEDERHANAKAN, TETAPI PERLU DISEIMBANGKAN (siri 3)

Istilah "Islam sederhana" merupakan suatu istilah yang sengaja dibuat untuk berhadapan dengan umat Islam agar mereka tidak menentang barat. Menjadi seorang Muslim yang kuat bergama dianggap suatu ancaman kepada barat kerana ia akan menolak nilai-nilai barat. Barat menganggap mereka sebagai ekstremis, fundamentalis dan pelampau agama. Sifat pelampau dan ekstreme ini perlu disederhanakan untuk menjaga segala kepentingan barat. 

"Islam sederhana” merupakan suatu istilah yang boleh membawa kepada salah faham tentang Islam. Apa yang Islam anjurkan ialah keseimbangan dalam tindakan, bukan kesederhanaan dalam tindakan. Islam tidak perlu disederhanakan, tetapi melaksanakannya perlu kepada keseimbangan. 

  

Terdapat dua perkara yang berkaitan keseimbangan. 

Tuesday, December 1, 2015

ANDA MUSLIM: ANDA MUSUH BARAT? (Siri 2)

Seorang Muslim yang baik pasti akan menolak nilai-nilai barat dan Barat akan menganggap anda sebagai pelampau agama. 


Sekiranya anda menolak segala nilai-nilai barat, adakah anda musuh barat? Ya, barat menganggap anda sebagai musuhnya kerana tidak menerima nilai-nilai mereka. Samuel P. Huntington telah menjelaskan pada 1988 dengan istilah "Clash of Civilzation” di mana dalam artikel ini beliau menjelaskan bahawa semua tamadun selain dari Islam seperti Tamadun China, India, Jepun dll boleh menyesuaikan diri dengan tamadun barat. Tetapi, tamadun Islam tidak boleh.