Monday, February 29, 2016

JENIS GAMBAR YANG DIHARAMKAN SEBAR DI FB

Terdapat ramai yang menyebarkan gambar sendiri mahupun gambar orang lain di Facebook. Namun, menyebarkan gambar berkenaan mempunyai hukum yang berkaitan dengan isu syariah dan akhlaq. 



1. Gambar tidak patuh syariah dari sudut aurat seperti menampakkan aurat, berpakaian sendat, atau jarang sehingga nampak bentuk tubuh. Perkara ini jelas tidak dibenarkan di dalam Islam. 

2. Gambar orang lain yang tidak menutup aurat sedangkan sekarang dia sudah pun menutup aurat. 

3. Gambar yang mengaibkan orang mati. Ia boleh menimbulkan tafsiran yang bukan2 kepada khalayak apabila melihat gambar berkenaan. Apabila tafsiran itu disebut, ia dikhuatiri sebagai doa untuk simati dan lebih parah lagi sekiranya malaikat yang mengaminkan doa itu.  

Friday, February 26, 2016

5 SOALAN PENTING SEWAKTU MENJALANKAN PENYELIDIKAN

Untuk menjalankan penyelidikan, atau nak buat presentation atau nak tulis artikel atau nak tulis report atau ketika discussion atau nak tulis tesis, sila jawab LIMA persoalan penting iaitu:

APA, KENAPA, BAGAIMANA, BILA, DAN SIAPA (What, Why, How, When dan Who)

Contoh: 

APAKAH yang dimaksudkan dengan e-masjid? 
KENAPA kita memerlukan e-masjid?
BAGAIMANAKAH cara untuk melaksanakan e-masjid?
BILAKAH keadaan yang sesuai untuk melaksanakan e-masjid?
SIAPAKAH yang sepatutnya melaksanakan e-masjid?

Wednesday, February 10, 2016

MANHAJ WASATIYYAH DARI PERSPEKTIF ASWJ

Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) semua merangkumi aliran yang meletakkan al-Quran, kemudian Hadis dan kemudian akal sebagai asas dalam pemikiran dan dalam meletakkan sesuatu hukum. Definisi ini menolak aliran yang mengagungkan akal sebagai asas pemikiran seperti muktazilah yang suatu masa dahulu bertempur hebat dengan tokoh Asyairah seperti Imam al-Baqillani dan Imam al-Ghazali; dan tokoh Maturidiyyah seperti Imam al-Nasafi. Aliran Salafi telah wujud sejak zaman Imam Ahmad bin Hanbal tetapi masih belum lagi establish kerana perkembangan pesat mereka selepas era Ibn al-Qayyim dan imam Ibn Taimiyyah. Oleh kerana jasa mereka besar dalam berhadapan dengan Muktazilah, apabila disebut ASWJ maka dirujuk kepada aliran Asyairah dan Maturidiyyah. 

Walau bagaimanapun, intipati kepada kedua aliran ini bukanlah disebabkan namanya dan tokohnya, tetapi kepada manhaj yang digunakan dalam meletakkan al-Quran, Hadis dan akal. Dalam pada itu, ada juga aliran salafi yang turut mendakwa mereka juga adalah ASWJ berdasarkan kepada manhaj yang digunakan. Perbezaan pandangan dalam menentukan siapakah ASWJ ini tidak selesai melainkan setelah melihat kepada manhaj yang perlu dipersetujui secara bersama. 

Mengikat ASWJ dengan mana-mana aliran hanya akan menyebabkan pertembungan yang tidak perlu dan ini akan merugikan umat Islam. Perkara yang dipersetujui ialah
1- ASWJ ialah bertentangan dengan aliran Syiah kerana Usul pemikiran Syiah jauh berbeza dengan ASWJ.
2- Meletakkan keutamaan yang betul dalam sumber hukum seperti berikut: al-Quran, kemudian Hadis dan kemudian akal. Dengan ini Muktazilah bukan ASWJ. 
3- Berusaha untuk merujuk kepada sumber hukum Islam sekiranya ada berlaku apa-apa isu. Dengan ini, ASWJ menolak semua aliran sekular dan liberal kerana mereka tidak mengendahkan sumber hukum. 
4- Meletakkan kepentingan umat Islam dan perpaduan berteraskan kepada Syariat sebagai keutamaan yang tinggi. Menolak aliran yang menggunakan keganasan dan kekerasan yang tidak berlandaskan konsep jihad. 

Friday, February 5, 2016

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN DAN PERMASALAHAN KAJIAN

Menjadi masalah kepada pelajar dalam menulis tesis ialah menulis pendahuluan. Pendahuluan yang dikemukakan selalunya tidak relevan dengan tajuk kajian. Berikut adalah contoh dalam menulis pendahuluan seterusnya menulis permasalahan kajian.
Contoh pendahuluan bagi tajuk:
Development of computer animation in chemistry using constructivist approach
 
PENDAHULUAN
PERTAMA: Berikan latar belakang ringkas
Perkenalkan sedikit latar belakang atau sejarah “area of investigation” supaya pembaca dapat mengenalpasti kedudukan kajian ini dalam bidangnya yang lebih luas. Dengan ini, pembaca dapat tahu, kajian ini dibincangkan di bawah topik ini. Sebagai contoh, memperkenalkan perkembangan pesat dakwah dalam persekitaran teknologi maklumat dakwah sebelum membincangkan Facebook untuk dakwah. Dalam contoh tajuk kajian di atas, fokus kajian berkaitan dengan “teaching and learning in science education”. Cuba lihat cara dia menulis pendahuluan bagi tajuk ini.
Contohnya

APA YANG PERLU ADA DALAM LITERATURE REVIEW (KUANTITATIF)


LR mestilah releven dengan bahan dan subjek yang dikaji. Kalau LR tidak releven, ia tidak akan boleh untuk digunakan dalam analisis (Bab 4) nanti.
 


Sekiranya soal selidik seperti di bawah, apakah LR yang perlu ada?
 
Item: Vlog yang boleh memberikan pengaruh terhadap remaja
 
1. Saya hanya menonton vlog dari golongan vlogger yang benar-benar seorang pendakwah
2. Sekiranya vlog itu membosankan saya akan berhenti menontonnya
3. Saya suka menonton vlog yang disampaikan dari kalangan vlogger yang berpenampilan menarik
4. Saya suka menonton vlogger yang memegang pelbagai watak dalam satu-satu masa
5. Mimik muka memainkan peranan bagi menjelaskan lagi mesej yang hendak disampaikan
6. Saya suka menonton vlogger yang membawa jenaka parodi
7. Costume vlogger yang pelbagai berjaya menarik minat saya
8. Saya suka menonton vlog dakwah yang disampaikan secara santai dan berjenaka

Yang perlu ada ialah
 

Tuesday, February 2, 2016

KESALAHAN BIASA DALAM PENULISAN LITERATURE REVIEW

Terdapat cara yang seringkali diikuti oleh pelajar dalam menulis tesis, tetapi cara ini hanyalah sekadar meringkaskan tulisan / artikel / dapatan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji yang lain.  Kemudian mereka menyimpulkannya dalam satu dua perenggan sahaja ke semua ringkasan yang ditulis itu. Ini yang menyebabkan tesis menjadi tebal, tetapi tiada banyak analisis dan idea dari pelajar itu sendiri.

 


 
CONTOHNYA

Konsep Keganasan
 
Keganasan didefinisikan sebagai sesuatu ancaman yang menyalahi undang-undang antarabangsa yang melibatkan keganasan serius terhadap orang, harta atau sesuatu institusi dengan tujuan memajukan politik, ekonomi, agama atau ideologi (Syed Faruqi, 2003). Selain itu, keganasan diistilahkan sebagai penggunaan kekerasan dengan niat menimbulkan ketakutan kepada sasaran melalui strategi pertempuran yang dirancang untuk mencapai objektif politik (Arend & Beck 2013). Di samping, keganasan merujuk kepada orang dan kepada tindakan ganas seperti pengeboman, pembunuhan dan seumpamanya (Miller 2009).