Tuesday, December 29, 2015

TAQWA & TOLAK ANSUR ASAS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

Sesungguhnya, ASAS KEBAHAGIAAN rumah tangga ialah bertaqwa kepada Allah dan sikap bertolak ansur. 

Bukan sebab muka lawa kerana ramai yang lawa, tapi TIDAK BAHAGIA.
Bukan sebab kaya kerana ramai yang kaya, tapi TIDAK BAHAGIA.
Bukan sebab pandai kerana ramai yang pandai, tapi TIDAK BAHAGIA.
Bukan sebab ada pangkat ramai juga org yg ada pangkat, tapi TIDAK BAHAGIA.
Bukan sebab belanja kenduri mahal kerana betapa ramai belanjawa kawin puluhan ribu, tapi TIDAK BAHAGIA.
Bukan sebab putih atau hensem kerana betapa ramai yang putih hensem, tapi TIDAK BAHAGIA


YG PERTAMA
Orang yg bertaqwa akan mengenali dirinya dan boleh mengawal jiwanya sendiri kerana dia tahu sempadan dan batasan hukum yang dia perlu patuh sebagai seorang Muslim. Dia juga akan selalu merasa cukup dan berasa bahagia dengan apa jua yang Allah berikan kepadanya. 

Manakala orang yang tidak / kurang bertaqwa akan mudah tergelincir dari perintah Allah dan sentiasa berasa tidak cukup dalam kehidupan. Mereka akan mudah:
1- terpesona dengan isteri orang dan anak dara orang sehingga terlibat dengan zina, 
2- ingin pakaian dan memiliki perhiasan yang mewah yang melebihi kemampuan
3- ingin memiliki rumah dan kenderaan yang melebihi kemampuan. 
4- dengki atau tidak berpuas hati dengan kejayaan orang atau kelebihan orang lain yang mengatasinya 

Sifat dengki yang ada padanya akan menjadikannya tidak bahagia apabila melihat orang lain lebih darinya.

Keinginan yg tinggi akan mendorong mereka bekerja lebih, siang dan malam hingga penat sedangkan keinginan mereka masih tidak tercapai. Apabila badan pun letih dan duit pula tidak cukup akan mudah MELENTING apabila berlaku sesuatu dalam rumah tangga. 


YG KEDUA
Suami isteri yang bertolak ansur dan mengenepikan kepentingan diri demi kebahagiaan pasangan dan anak-anaknya. Orang yg bahagia ialah orang yg rajin memberi. 

Kedua-dua pasangan yg masing2 ego dan tidak mahu beralah akan mengakibatkan rumah tangga berantakan. Masing2 fikirkanlah kebaikan dan kebahagiaan pasangan, Insya Allah akan mendapat kebahagiaan. 


PERCERAIAN BUKAN SEBAB faktor orang ketiga, duit tidak cukup, tidak sefahaman dll tetapi kebanyakannya disebabkan kerana TIDAK SOLAT (kurang taqwa) dan kurang tolak ansur. 

Saturday, December 26, 2015

KENAPA DUNIA ISLAM SELALU DIKAITKAN DENGAN PERPECAHAN DAN PEPERANGAN?


Coretan sempena Multaqa Alumni Al-Azhar 16-18 Dis 2015, KL. (Siri 3)

KENAPA DUNIA ISLAM SELALU DIKAITKAN DENGAN PERPECAHAN DAN PEPERANGAN? Sehingga ia menjadi hujah yg sering digunakan untuk menghantam Islam. 

Sedarkah,
1- Syaitan tidak pernah senang dan tidak akan berdiam diri apabila melihat umat Islam melaksanakan ajaran Islam. 
2- Syaitan sentiasa berusaha untuk memastikan umat Islam berpecah belah. 
3- Syaitan berusaha untuk menjadikan orang Islam bersatu pun, bersatu atas dasar kebatilan dan menolak syariat.

Perpecahan dan perperangan adalah misi penting bagi syaitan dan salah satu objektif bagi mencapai matlamat menyesatkan manusia. 


Perpecahan adalah salah satu cara untuk membawa kesatan kepada manusia apabila masing-masing mempertahankan idea biarpun bertentangan dengan Islam. Ini adalah antara alasan kenapa dunia Islam tidak sunyi dari perpecahan dan peperangan. 

Friday, December 25, 2015

MENGURUSKAN KAJIAN KUALITATIF (interview, focus group, analisiskandungan)

TAJUK KAJIAN - Ada diselitkan variable yang ingin dikaji.

PENDAHULUAN - Menjelaskan latar belakang dan gambaran kasar tentang topik kajian.

PERMASALAHAN - Kenapa kajian ini dilakukan? 

OBJEKTIF - Apa yang ingin dicapai dalam kajian ini?

Objektif 1
Objektif 2
Objektif 3



BAB 1 - Proposal kajian 

BAB 2 - Kerangka konsep dan aspek yang berkaitan dengan objektif 

Objektif 1 - Variable / Konstruk 1 
Objektif 2 - Variable / Konstruk 2
Objektif 3 - Variable / Konstruk 3 

LR akan menjelaskan secara konsep apsek yang ingin diterokai dalam kajian ini. Jelaskan LR tentang dapatan kajian lalu namun biasanya dalam kajian kualitatif sedikit.

BAB 3 - Metode kajian 

Jelaskan secara operasi aspek yang ingin dikaji dalam setiap konstruk
Konstruk 1 
Konstruk 2 
Konstruk 3 

Jelaskan bagaimana kajian itu akan dijalankan, sample kajian dll. 

BAB 4 - Dapatan 

Dapatan kajian akan membahaskan tentang 
Objektif 1 - Variable / Konstruk 1 
Objektif 2 - Variable / Konstruk 2
Objektif 3 - Variable / Konstruk 3 

Huraian dapatan dalam kajian kualitatif lebih banyak berbanding kuantitatif kerana ia akan mentafsirkan keseluruhan dapatan. 

KESIMPULAN - Menghuraikan dapatan itu dan kegunaannya pada masa akan datang. 

Tuesday, December 15, 2015

MENGURUSKAN KAJIAN KUANTITATIF (soal selidik)


TAJUK KAJIAN - Perlu diselitkan variable yang ingin dikaji.




PENDAHULUAN - Menjelaskan latar belakang dan gambaran kasar tentang topik kajian.

PERMASALAHAN - Kenapa kajian ini dilakukan? 

OBJEKTIF - Apa yang ingin dicapai dalam kajian ini?
Objektif 1
Objektif 2
Objektif 3

BAB 1 - Proposal kajian 

Wednesday, December 9, 2015

TEKNIK PENULISAN ALAM MAYA

Tajuk
Mestilah mengandungi unsur yang boleh menarik minat pembaca seperti:
- elemen provokasi,
- dikaitkan dengan seseorang yang popular,
- isu yang panas,
- sesuatu yang mengejutkan.



Pendahuluan: Perenggan 1-2
Ia meliputi
1- “Kenyataan utama” atau “keseluruhan mesej” yang ingin disampaikan oleh penulis.

2- Apabila isu itu sangat luas, penulis perlu memilih sudut tertentu yang ingin disentuh
3- Menyusun idea dengan baik

Tips: Selepas membaca perenggan pertama, pembaca tahu tujuan dan matlamat utama kepada penulisan itu.
Tips membuat perenggan
1- Setiap perenggan mestilah menjawab satu isi sahaja
2- Setiap perenggan mengandungi 3 ayat ke atas.
3- Kelancaran idea dari satu perenggan ke perenggan yang lain


Penyusunan perenggan
1- Setiap perenggan mestilah menjawab satu isi sahaja
2- Setiap perenggan mengandungi 3 ayat ke atas.
3- Kelancaran idea dari satu perenggan ke perenggan yang lain



Penyusunan isi: Perenggan 3-5
Olahan penulisan mestilah menggunakan kata-kata yang tepat dan yakin bersama penghujahan yang tuntas berteraskan kepada*
1- Quran dan Hadis yg dihuraikan secara rasional
2- Rasional dan lojik akal yang kuat
3- Data dan fakta
4- Pengalaman peribadi
5- Fakta sejarah
(tidak mesti semua ada, tetapi mengikut kesesuaian topik perbincangan)



Penutup
Ia mengandungi kesimpulan yang tuntas, padat dan menegaskan semula isi utama (thesis) yang dikemukakan dalam pendahuluan.

Nota: Thesis ialah idea utama yang anda ingin ketengahkan.
 

Monday, December 7, 2015

BEBERAPA KESALAHAN BIASA DALAM KAEDAH PENYELIDIKAN


Terdapat pelajar yang mengemukakan proposal penyelidikan mereka di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM dan di sini saya paparkan perkara yang selalu menjadi masalah kepada pelajar. 


KAJIAN MEMBINA MODUL
Terdapat kecenderungan pelajar yang ingin mengkaji modul. Mengkaji modul ialah dengan cara menilai keberkesanan / mengkaji permasalahan dalam pelaksanaan modul yang sedang dilaksanakan / diamalkan itu. 

Sekiranya matlamat untuk membangunkan modul seperti membangunkan modul pengajaran untuk orang asli di kawasan luar bandar, maka yang perlu dikaji ialah masalah mereka atau kelemahan modul yang sedia ada. Dari dapatan kajian itu, pelajar boleh mencadangkan / membangunkan modul untuk mengatasi masalah itu atau menambahbaik kelemahan yang sedia ada. 

TEKNOLOGI DORONG ANAK MUDA MENGKRITIK

Anak muda kini berada dalam zaman teknologi yang menggalakkan masyarakatnya berfikir. Lagi banyak teknologi menandakan lagi banyak orang yang berfikir kerana menghasilkan sesuatu teknologi mestilah dengan berfikir. Sama ada  mereka berfikir secara matang atau sebaliknya, akan di ulas dalam kesempatan yang lain. Apa yang pasti di sebalik teknologi itu ialah berfikir. 


Sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi, generasi muda diajar menggunakan alat komunikasi itu dengan pelbagai cara, sementelah lah pula ia adalah alat serbaguna. Mereka menggunakan alat itu untuk bersms, berwasap, mengurus emel, membayar pelbagai bil, online shopping, dan termasuklah bermain game. 

1- Teknologi komunikasi ini telah mendorong penggunanya menggunakan teknologi ini secara sendiri tanpa bergantung dengan orang lain. Semuanya boleh dibuat dengan bantuan alat teknologi.
KESAN - Hidup menjadi individualistik dan jiwa menjadi kecil iaitu menumpukan kepada kepentingan diri sendiri sahaja berbanding kepentingan orang lain. Jiwa besar ialah mereka yang boleh bersusah payah untuk orang lain atau mengenepikan kepentingan diri untuk orang lain. Pertimbbangan berasaskan kepada kemanusiaan sudah semakin longgar. 


Wednesday, December 2, 2015

ISLAM TIDAK PERLU DISEDERHANAKAN, TETAPI PERLU DISEIMBANGKAN (siri 3)

Istilah "Islam sederhana" merupakan suatu istilah yang sengaja dibuat untuk berhadapan dengan umat Islam agar mereka tidak menentang barat. Menjadi seorang Muslim yang kuat bergama dianggap suatu ancaman kepada barat kerana ia akan menolak nilai-nilai barat. Barat menganggap mereka sebagai ekstremis, fundamentalis dan pelampau agama. Sifat pelampau dan ekstreme ini perlu disederhanakan untuk menjaga segala kepentingan barat. 

"Islam sederhana” merupakan suatu istilah yang boleh membawa kepada salah faham tentang Islam. Apa yang Islam anjurkan ialah keseimbangan dalam tindakan, bukan kesederhanaan dalam tindakan. Islam tidak perlu disederhanakan, tetapi melaksanakannya perlu kepada keseimbangan. 

  

Terdapat dua perkara yang berkaitan keseimbangan. 

Tuesday, December 1, 2015

ANDA MUSLIM: ANDA MUSUH BARAT? (Siri 2)

Seorang Muslim yang baik pasti akan menolak nilai-nilai barat dan Barat akan menganggap anda sebagai pelampau agama. 


Sekiranya anda menolak segala nilai-nilai barat, adakah anda musuh barat? Ya, barat menganggap anda sebagai musuhnya kerana tidak menerima nilai-nilai mereka. Samuel P. Huntington telah menjelaskan pada 1988 dengan istilah "Clash of Civilzation” di mana dalam artikel ini beliau menjelaskan bahawa semua tamadun selain dari Islam seperti Tamadun China, India, Jepun dll boleh menyesuaikan diri dengan tamadun barat. Tetapi, tamadun Islam tidak boleh. 

Monday, November 23, 2015

WARA’ VS KESEDERHANAAN (MODERATION) Siri 1

Perkataan Wara’ telah hilang dari minda orang Islam. Mati syahid pula langsung tidak terlintas dalam minda. Apakah ini hasil fitnah dari usaha menghilangkan sikap "bersungguh-sungguh" dalam menjadi seorang Muslim yang baik? Fitnah kesederhanaan.

Adakah anda seorang exstremis? Soalan yang sering dijawab dengan TIDAK. Tetapi kalau ditanya lagi, anda ingin anak anda dapat A dalam peperiksaan? atau anda sendiri ingin dapat A dalam peperiksaan? Jawapannya YA. Tidakkah A itu ialah "extremely good”?

Adakah anda mahu menjadi orang Muslim baik? Soalan yang sering dijawab dengan YA. Di dalam Islam, sifat Muslim yg baik itu akan dicapai menerusi Taqwa, Soleh dan Wara’. Orang yang ingin mencapai tahap ini perlulah berusaha menjadikan dirnya itu sangat baik (extremely good). Kalau sekejap baik, sekejap tidak, itu bukan taqwa, boleh soleh, malah bukan wara’. Maka, sekiranya ada ingin menjadi orang muslim yang baik, maka anda perlu menjadi seorang yang extreme. Anda setuju?

Kalau sekejap baik, sekejap tidak, itu bukan taqwa, boleh soleh, malah bukan wara’. Barangkali itu adalah sederhana atau biasa-biasa aja atau cool. Apa maksudnya? Adakah ia membawa maksud pada mengerjakan solat pada waktu subuh, kemudian berlajar/ bekerja pada waktu pagi, kemudian berjoget poco2 pegang tangan pompuan pada waktu petang, kemudian solat pada waktu maghrib, kemudian pergi dinner dan dancing malam. Adakah cara ini diterima dalam Islam? Adakah ini sederhana?

Malahan, lebih menyedihkan lagi, ada pula orang menganjing dengan perkataan wara’. Dia buat muka mencebik dan berkata  “eee wara’ sangat” atau “dia tu ustazah”, kerana orang itu telah menegurnya atau dia tak suka dengan seseorang yang baik akhlaknya. Tuntasnya, Wara’ telah dipandang sinis dan dicemuh; mengejek orang yang melakukan kebaikan. Bukankah wara’ itu meinggalkan perkara yang haram dan menjauhkan diri dari syubhat?
  
Bukan semua extreme itu tidak baik tetapi setiap amalan itu perlu diseimbangkan. Extreme dalam agama (dengan maksud bersungguh melaksanakan kewajipan) itu adalah suatu keperluan dan tuntutan sebagai seorang Muslim, tetapi keseimbangan itu juga penting agar tidak menumpukan amalan hanya dalam satu-satu perkara sahaja, tetapi meninggalkan kewajipan yang lain. Kewajipan kita banyak, janganlah tumpu pada suatu kewajipan sahaja, tetapi meninggalkan kewajipan yang lain. Janganlah belajar sehingga tidak menjaga kesihatan dan janganlan pula mengerjakan banyak solat sunat tetapi mengabaikan tanggung jawab terhadap ibu bapa atau pendidikan anak2.

Agenda barat ialah untuk menjadikan orang Islam lemah agama, kerana kalau orang Islam kuat agama, pasti mereka akan menentang segala *nilai yang dibawa oleh barat / AMERIKA. 


ANDA SUKA AMERIKA?
Kenapa tidak?
Kenapa ya?


Islam Kesederhaan adalah agenda barat, setelah mereka tuduh orang Islam dengan extremis dan terroris. Dalam Islam tiada sederhana, tetapi ada keseimbangan. Mereka takut kalau Islam kuat, mereka akan terancam. 



*Nilai yang dibawa oleh AMERIKA/ barat ialah kebebasan mutlak, kebenaran mutlak, hak privasi, demokrasi mutlak, agama urusan peribadi, sekularisme, pluralisme dll. 

Saturday, October 31, 2015

BANYAK HUKUM ISLAM YANG NON-MUSLIM GUNA, KENAPA MASALAH DENGAN HUDUD.?

NOTA: Terdapat suara2 yang menakutkan2 masyarakat non-Muslim dengan hukum hudud. Mereka mempropagandakan bahawa hukum hudud akan memberikan ketidakselesaan kepada non-Muslim dan ia bakal akan dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia. Biarpun buat masa ini, enakmen yg diluluskan di Kelantan dan Trengganu itu hanya untuk orang Islam sahaja, tetapi lama kelamaan ia akan dilaksanakan di seluruh negara termasuk  non-Muslim.  "Mahukah berada di bawah hukum agama?" Ini di antara kata-kata yang berunsur hasutan yang diajukan kepada non-Muslim untuk menakutkan mereka dengan hudud. Isu ini dimainkan bagi memastikan non-Muslim tidak menyokong sebarang usaha yang berjuang untuk melaksanakan Hudud. 


JAWAPAN: 
Buat masa ini kekeliruan banyak sangat berlaku tentang Hudud. Ia bukanlah sesuatu untuk ditakutkan tetapi untuk lebih dihargai lagi kerana ia menjaga keamanan rakyat. Oleh kerana banyak kekeliruan yang sengaja ataupun tidak sengaja, Hukum ini dianggap negatif. Dengan pelaksanaan ini yg dimulakan untuk orang Islam sahaja akan menampilkan contoh yang terbaik dalam menegakkan keadilan kepada rakyat. 

Sebenarnya, banyak hukum Islam yang dilaksanakan dan diterima dengan baik oleh semua masyarakat di Malaysia, sama ada Muslim dan non-Muslim. Antaranya: 

Tuesday, October 20, 2015

MEDIA BARU ANTARA FITNAH DAN DAKWAH

Pendahuluan 

Media baharu telah menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat moden pada hari ini. Ia tidak boleh berpisah terutamanya di kalangan generasi muda kerana ia bukan sahaja alat komunikasi tetapi boleh dianggap sebagai keperluan hidup. Malahan, berdasarkan kepada trend penggunaannya pada masa kini, media baharu boleh dianggap sebagai tuhan lantaran ia yang mencorakkan kehidupan masyarakat pada hari ini. Penggunaan media ini selain dari memberikan kebaikan dan memudahkan kehidupan manusia, tetapi atas sifatnya sebagai sebuah teknologi, ia memberikan fitnah kepada manusia secara minda bawah sedar. Kesan minda bawah sedar ini sangat penting kerana ia berlaku secara tidak langsung tanpa disedari oleh manusia. Ramai yang menyebut bahawa “penggunaan teknologi ini kalau digunakan untuk kebaikan, maka ia akan jadi baik. Manakala, kalau sebaliknya, ia akan jadi tidak baik”. Ini adalah kesan langsung dan ia adalah di bawah kawalan minda sedar. Artikel ini akan membincangkan aspek fitnah media baharu terhadap pemikiran secara minda bawah sedar yang memberikan cabaran yang besar kepada dakwah. Semua pihak perlu memahami dan berwaspada dengan fitnah yang tersembunyi di sebalik media baharu dan impak negatifnya kepada masyarakat. Ia mungkin tidak disedari kerana ia merupakan dimensi yang tidak nampak tetapi ia telah pun merobah struktur masyarakat yang ada pada hari ini.


Saturday, July 11, 2015

Mafhum Jemaah al-Muslimin dan aplikasinya pada masa kini

Terdapat perbincangan di kalangan ilmuan semenjak sehari dua ini tentang konsep Jamaah al-Muslimin dan kewajipan ke atas kita untuk menyertainya. Ikutilah tulisan ini yang diterbitkan dalam journal Islamiyyat. Boleh download di sini http://bit.ly/1Ja6Fv3 

Thursday, July 9, 2015

SIRI 22: QIYAMULLAIL DAN PENGURUSAN TIDUR

Pengurusan masa tidur yang berkesan sangat penting di dalam Islam kerana ia berkait dengan nafsu dan keinginan manusia. Di kala keinginan manusia yang tinggi kepada tidur pada waktu pagi, ada insan yang berhati mulia bersengkang mata untuk melaksanakan perintah Allah. Ibadat sunat tahajjud dan seumpama dengannya bukanlah suatu kewajipan, tetapi usaha manusia bersengkang mata melaksanakan perkara ini demi untuk menunjukkan cinta dan sayangnya pada Allah. Orang ini ialah orang yang kuat rohaninya kerana mengekang keperluan fizikalnya kepada tidur. Orang yang kuat rohaninya sahaja bersedia melakukan amal kebajikan kerana perkara kebajikan ini tidak digemari oleh nafsu.




Berikut adalah sedikit sebanyak panduan am tentang Qiyamullail.

1- Solat yang sangat digalakkan untuk dilakukan ketika malam ialah solat tahajjud. Ia boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat. Bagi mereka yang ingin melakukan solat malam yang panjang bacaannya, mulakan dahulu dengan dua rakaat yang ringkas, kemudian diikuti dengan solat yang panjang. Selain tahajjud, ialah solat taubat dan hajat dll.

Monday, July 6, 2015

SIRI 18: IBADAT TETAPI HATI MASIH LAGI BERPENYAKIT


Antara tujuan penting dalam beribadat ialah untuk menjadi hamba Allah yang sejati. Kita melakukan ibadat sepenuhnya kerana Allah, bukan kerana makhluk. Sebagai contoh, kenapa kita sanggup bagi RM100 sebagai sedekah/ derma kepada orang susah? Kita bersusah payah mendapatkan RM100 itu, tetapi kita memberinya pula kepada orang lain hanya kerana satu sebab sahaja iaitu untuk mendapatkan pahala dan keredoan dari Allah. Kalau inginkan sanjungan, memang tidak diberikan pahala oleh Allah. 
   

Ibadat mengajar kita erti ketundukan dan kepatuhan kepada Allah. Kalau ada orang mengupah kita untuk beribadat, sanggupkah kita puasa selama 30 hari? Menunaikan solat lima waktu berjemaah?, bersusah payah menunaikan haji? Kita hanya melakukan semua itu berdasarkan kepada bayaran yang diberikan kepada kita. Kalau dia bagi RM200, kita akan buat berdasarkan kepada nilai RM200. Tetapi kalau kita buat ikhlas kerana Allah, kita akan buat secara lebih baik berdasarkan kepada tahap keikhlasan dan keimanan kita kepada Allah. Lagi tinggi iman dan keikhlasan kita, lagi baik kualiti amalan kita.

Monday, June 1, 2015

BERDSIPLIN TANGGGA KEJAYAAN PETANI, NELAYAN DAN MUSLIM


Petani, pelajar, nelayan, pekerja swasta, penjawat awam, pemandu teksi, buruh kasar dll semua akan berjaya sekiranya mereka bekerja dengan tekun dan mematuhi dsiplin. Insya Allah kejayaan adalah milik mereka.  Manakala orang yang malas, culas, suka ponteng, suka langgar peraturan, mempertuhankan hawa nafsunya, ADAKAH MEREKA INI AKAN BERJAYA? Hukum alam menyatakan sesiapa yang tekun, rajin dan berdsiplin akan berjaya. 



Sekiranya, pekerja yang suka bangun pukul 10 pagi, menoreh getah jam 11 pagi, petani yang membiarkan daun sawit yang sudah tua di kebunnya tidak dicantas, kebun getah / sawit dibiarkan semak samun, pelajar yang kerap masuk sekolah jam 9.30 pagi, tukang jahit yang tidak menyiapkan baju raya dengan alasan ngantuk sbb suka berFB, - ADAKAH MEREKA INI AKAN BERJAYA? Tidakkk, kerana mereka tidak berdsiplin dalam kehidupan.

Sebagai mana kejayaan manusia di dunia ini dengan dsiplin, maka kejayaan di akhirat pun akan diperolehi apabila seorang muslim itu berdsiplin. Orang yang mencapai tahap dsiplin yang tinggi dengan Islam namanya taqwa dan cara untuk mendapatkannya ialah dengan wara'. Agak menghairankan apabila ada sebahagian dari orang Islam nak mencapai bahagia di akhirat tetapi tidak berdsiplin. Malahan, suka langgar perintah Allah dan tidak menghiraukan larangannya. 

Bila ditanya, nak masuk syurga ke? Dia jawab dengan selamba, "nak". Hmmm, barangkali itu angan-angan mat jenin. 

Dsiplin yang kita kena ikut di dalam Islam ialah 
1- Melaksanakan yang wajib 
2- Memperbanyakkan yang sunat
3- Meninggalkan yang haram 
4- Menjauhi yang makruh
5- Membawa yang harus menjadi perkara yang sunat.



Thursday, May 28, 2015

NAK KENYANG MESTI MAKAN, NAK PERPADUAN MESTILAH DENGAN SYARIAH

PERPADUAN adalah TUJUAN (maqasid) yang akan tercapai dengan melakukan WASILAH seperti berpegang dengan undang-undang, elak dari melakukan kekasaran, pergaduhan dan saling hormat menghormati. WASILAH itu ialah SYARIAH atau undang-undang Islam. 

Untuk mencapai TUJUAN, perlu melaksanakan WASILAH. Apabila mengajak manusia kepada perpaduan, ajaklah ia patuh kepada syariat. Bukan dengan mengajak perpaduan, tetapi mengabaikan tuntutan syariah. Tidak mungkin akan tercapai. 



PERPADUAN adalah INTANGIBLE iaitu perkara tidak dapat dicapai dengan mata kasar. Syariat pula adalah TANGIBLE iaitu perkara yang boleh dibuat iaitu dengan cara melaksanakan tuntutannya dan meninggalkan larangannya. 



Sebagai analogi, 
Manusia tidak boleh kenyang melainkan dengan makan. Maka kenyang adalah tujuan dari makan. KENYANG adalah MAQASID, MAKAN adalah WASILAH. 





Apabila kita ajak orang menjadi kenyang, maka ajaklah dia makan. Apabila kita mengajak kepada perpaduan, ajaklah mereka kembali mengikut peraturan yang dibawa oleh agama, Insya Allah perpaduan akan tercapai. Kalau kita mengajak kepada perpaduan, tetapi masih melanggar semua peraturan Allah, perpaduan tidak akan tercapai. Perpaduan yang dianjurkan oleh Islam ialah berpegang dengan tali Allah iaitu dengan syariatnya. 

Peperangan ada di dalam Islam. Malahan pada zaman Rasulullah, peperangan berlaku sebanyak 47 kali. Adakah Rasulullah tidak mengamalkan perpaduan dan berdamai terus dengan orang arab dan yahudi tanpa syarat? Tidak, Rasulullah mengajak mereka memeluk Islam dan berpegang dengan syariat Islam. Musyrikin telah menawarkan perpaduan kepada Rasulullah dengan syarat Rasulullah tinggalkan dakwah. Mana mungkin!!!

PERPADUAN ADALAH HIKMAH PENSYARIATAN ISLAM


Wednesday, May 27, 2015

Bengkel Teknik Penulisan Dakwah Menerusi Media Baru

Sinopsis: Bengkel ini akan membincangkan teknik penulisan dakwah media baru yang agak berbeza dengan dakwah media tradisional. Media baru lebih proaktif perlu lebih menarik kerana sasaran dakwah tidak berada di hadapan pendakwah apatah lagi sasaran dakwah maya yang sangat ramai. Justeru, pendakwah perlu untuk customize dakwahnya di alam maya dengan beberapa teknik yang diharapkan membantu pendakwah dalam mencapai sasarannya menerusi medium blog, facebook dan whatsapp. Bengkel ini diharapkan dapat membantu peserta untuk menggunakan media baru dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat di alam maya. 


Modul 1 - Pengenalan Dakwah dan Cabaran Dakwah Masakini

Outcome:
1. Peserta dapat menjelaskan tentang konsep dakwah dan asasnya yang berteraskan tauhid 
2. Peserta dapat menghuraikan fenomena masyarakat moden pada hari ini dari perspektif dakwah 
3. Peserta dapat mengenalpasti isu-isu dakwah masa kini yang perlu diketengahkan dalam masyarakat
4. Peserta dapat menghuraikan metode deduktif dan induktif dalam menganalisis isu-isu dakwah masa kini 


Modul 2 - Teknik Penulisan Dakwah Media Baru 

Outcome: 
1. Peserta dapat menerangkan konsep dakwah media baru 
2. Peserta dapat menjelaskan asas dalam penulisan media baru 
3. Peserta dapat menghuraikan cara penulisan artikel argumentatif 
4. Peserta dapat menjelaskan cara untuk membentuk kata-kata hikmah dalam penulisan Facebook
5. Peserta dapat menggunakan 3 metode komunikasi persuasif dalam penulisan media baru


Modul 3- Penulisan Dakwah (secara praktikal)

Outcome:
1. Peserta boleh menulis sebuah pendahuluan artikel yang baik 
2. Peserta boleh menulis sebuah esei argumentatif yang ringkas dalam penulisan blog 
3. Peserta boleh mengupdate Facebook dengan kata-kata hikmah yang menarik 
4. Peserta boleh mengaplikasikan cara yang terbaik untuk penulisan dakwah menerusi whatsapp 
5. Peserta dapat mengaplikasikan cara dan tips untuk mendapatkan like, komen dan share yang tinggi di dalam Facebook 


Disediakan oleh 
Dr. Muhamad Faisal Ashaari 
Pensyarah Kanan 
Fakulti Pengajian Islam 
UKM
myfaisal@gmail.com

SYURA BUKAN MESYUARAT TETAPI SISTEM YANG BERLAWANAN DENGAN DEMOKRASI?

((DEMOKRASI)) ialah menentukan kebenaran berdasarkan kepada suara ramai. Manakala ((SYURA)) pula ialah menentukan kebenaran berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadis. 

Syura seringkali didefinisikan dengan makna mesyuarat dan juga "kesepakatan". Namun, bukanlah semua jenis "syura" membawa maksud demikian. Sekiranya "syura" dibincangkan dari perspektif demokrasi atau perbandingannya dengan sistem demokrasi, "syura" membawa erti suatu kaedah dalam menentukan kebenaran berdasarkan kepada wahyu dan dalam masa yang sama turut menerima akal sebagai panduan. Kedudukan wahyu lebih tinggi dari akal dengan maksud, cadangan dan keputusan dari akal tidak boleh bercanggah dengan wahyu. 

Dalam sistem demokrasi juga terdapat mesyuarat, malahan tatacara mesyuarat dalam demokrasi mungkin lebih hebat lagi kerana kebenaran dalam demokrasi ditentukan  berdasarkan kepada suara majoriti.   


Demokrasi hanya menggunakan akal semata-mata kerana mereka bergerak atas prinsip sekularisme, liberalisme, rationalisme, humanisme, human right, pluralisme. Ke semua ini adalah nilai yang terdapat dalam sistem barat dan Islam menolak semua nilai-nilai ini. 

Dalam syura ada kebebasan mengeluarkan pandangan, tetapi tidak boleh sehingga merobah perkara yang sangat asas dalam agama yang biasanya ditentukan dalam nas yang jelas thubut dan dilalahnya


Demokrasi berteraskan kepada
1Sekularisme - menolak agama atau memilih milh hukum yang dianggap sesuai atau tidak kisah pasal agama. 
2. Liberalisme - melepaskan diri dari sebarang ikatan peraturan yang berteraskan agama
3. Rationalisme - mengukur sesuatu berteraskan kepada rasional 
4Humanisme - mementingkan aspek kemanusiaan sahaja. Bukan aspek ketuhanan, dosa pahala dll. 
5Human right - Oleh kerana tiada panduan wahyu sebagai panduan dalam membuat undang-undang dan polisi, maka semua panduan diambil dari fikiran manusia. Mereka biasanya mementingkan diri sendiri dan bercakap tentang kepentingan masing2. 
Huraian lanjut tentang hak asasi boleh dilihat di sini 

6. Pluralisme - Apabila manusia semua bercakap mengikut hak mereka, dan masing-masing berhujah dengan kekuatan raional, maka tiada siapa yang dapat membuktikan mana yang betul dan yang salah. Oleh sebab itu mereka berpegang dengan “tiada kebenaran mutlak”. 
7Demokrasi- Untuk menentukan mana yang betul dan mana yang salah, ia berdasarkan kepada suara ramai. Itulah demokrasi. 

Kita mahukan sistem syura iaitu sebuah sistem yang meletakkan cara membuat keputusan itu mestilah berlandaskan kepada wahyu. Walau bagaimanapun, kaedah dan cara pelaksanaannya terpulang kepada kebijaksanaan kita berdasarkan kepada situasi dan keadaan. Di dalam rumah, pejabat, organisasi, pertubuhan, negeri dan negara, semuanya ada mesyuarat. Apa yang perlu dipastikan bahawa setiap keputusan itu mestilah berlandaskan kepada hukum dan prinsip Islam. Justeru, mereka perlulah merujuk kepada orang atau pakar dalam bidang yang berkaitan. Maka pelaksanaan cara membuat keputusan yang dikenali sebagai (syura) adalah adalah bebas.

Di dalam gerakan Islam, adab dalam syura (mesyuarat) amat ditekankan iaitu dalam hal penerimaan hasil dari mesyuarat. Ini penting agar semua pihak akur dengan keputusan mesyuarat biarpun bertentangan dengan pandangan peribadinya. Ketika ini, syura membawa maksud mesyuarat. Di dalam hal ini, sistem demokrasi pun perlu menerima konsep ini kerana mesyuarat itu tidak berfaedah sekiranya tidak dipatuhi.


Sheikh Muhammad Abdullah Khatib berkata:


وفي ظل الشورى للأفراد أن يبدوا آراءهم، وحينما تنتهى الجماعة إلى رأي على الجميع الالتزام به توحيدا للكلمة والتوجه، ولا يجوز لصاحب الرأي المخالف أن يتحدث بعد ذلك عن رأيه داخل الصف ، حتى لو أثبتت التجربة أن رأيه الذي لم يوخذ به كان الأصوب ، فلأن يجتمع الصف على الصواب خير من أن يفترق حول الأصوب. ففي الاجتمتع على الصواب يمكن أن نصل إلى الأصوب، أما لو حدث الافتراق فلن يكون هناك اجتماع على صواب ، ولا على أصوب.
المرحوم الشيخ محمد عبد الله الخطيب في كتابه نظرات في رسالة التعاليم
Terjemahannya:
Dan di bawah naungan syura (mesyuarat), setiap ahli mesyuarat boleh mengutarakan pendapatnya. Tatkala Jemaah telah sepakat memutuskan sesuatu keputusan, maka semua ahli mesyuarat wajib beriltizam dengan keputusan tersebut demi menjaga kesatuan dan hala tuju Jemaah. Bagi mereka yang mempunyai pendapat berbeza, tidak boleh lagi membicarakan pendapatnya itu di dalam saf jemaah meskipun pengalaman membuktikan bahawa pendapatnya (yang tidak diterima itu) yang lebih tepat. Kesatuan saf dalam berpegang pada sesuatu pendapat yang betul (الصواب) lebih baik daripada berpecah- belah untuk mencari pendapat yang lebih betul (الأصوب). Ini kerana kesatuan jemaah pada hasil syura akan dapat menyampaikan Jemaah pada sasaran yang lebih tepat. Sebaliknya, bila terjadi perpecahan maka tiada mungkin dapat menghasilkan kesepakatan pada mencari kebenaran, apatah lagi pada mencari keputusan yang lebih tepat.

Nota - Demokrasi yg dimaksudkan dalam tulisan ini ialah demokrasi tulen ala barat. 


Sunday, May 24, 2015

DAKWAH DAN POLITIK SAMA?


Tujuan dakwah ialah untuk mengajak manusia beriman dengan Allah swt, mengubah tingkah laku ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Antara makna penting dalam politik ialah untuk mempengaruhi manusia bagi mendapat, mengekalkan dan mempertahankan kuasa. Jika dilihat dari sudut ini, kita dapati bahawa dakwah dan politik ini berkongsi konsep yang sama iaitu untuk MEMPENGARUHI MANUSIA.


Politik mempunyai konsep yang luas dan definisnya pun mungkin berbeza antara satu sama lain yang mungkin sebahagiannya melihat kepada aspek tertentu manakala yang lain pula melihat kepada aspek yang lain. Walau bagaimanapun, politik itu berkaitan dengan kekuasaan dan pemerintahan yang boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti pengurusan, pentadbiran, parti politik dan sebagainya. Apa yang penting bagi seseorang yang mempunyai kuasa ialah kemampuan untuk mengawal dan mentadbir dengan baik. Oleh sebab itu, politik ini berkait rapat dengan kemampuan untuk menguasai dan mempengaruhi masyarakat. Cumanya, ke arah mana yang yang nak dibawa bergantung kepada parameter iman yang dimiliki oleh seseorang politikus itu. 

Matlamat dakwah sangat jelas iaitu untuk mengajak dan mempengaruhi manusia dekat dengan Allah. Sekiranya matlamat penglibatan dengan politik itu untuk membawa manusia dekat dengan Allah atau pun parti politik yang disertainya itu memang jelas matlamatnya untuk membawa manusia dekat dengan Allah, maka politik dan dakwah itu mempunyai persamaan dari sudut konsep, tetapi mungkin berbeza dari sudut konteks.

Sebaliknya, sekiranya matlamat penyertaan dalam politik dan parti politik itu sendiri memang bertujuan hanya untuk mendapatkan kuasa, manakala hukum hakam Islam diambil mengikut keperluan dan keinginan sahaja, tentunya dakwah dan politik di sini tidak sama. Matlamatnya tidak sama. 

Rasulullah berdakwah mengajak manusia beriman dengan Allah dan sekaligus baginda berpolitik yang akhirnya baginda memperoleh kuasa pemerintahan di Mekah dan Madinah untuk memastikan keseluruhan sistem Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Inilah cara yang perlu diikuti oleh umat Islam iaitu meletakkan semua ukuran dan seluruh parameter kehidupan untuk mencapai keredoan Allah sama ada dalam politik dan juga bidang2 yang lain.