Wednesday, December 31, 2008

Bukti orang Islam keliru dengan masalah aurat?


Berdasarkan kepada analisis terhadap soaljawab agama yang terdapat dalam laman web ahkamonline.net, permasalahan mengenai aurat telah mendapat hit tertinggi berbanding dengan soalan dalam kategori yang lain. Sungguhpun masyarakat Islam amnya telah pun diajar mengenai aurat semenjak kecil lagi, tetapi persoalannya, kenapakah mereka masih lagi keliru. Sama ada mereka gagal memahami dan menguasai apa yang disampaikan oleh guru atau apa yang disampaikan oleh guru itu tidak sama dengan reality. Cikgu ajar lain, kat rumah, mak ayah dan masyarakat buat lain.




Adakah selama ini kita melihat fenomena bertudung merupakan suatu budaya sahaja yang bukan lah sangat untuk melaksanakan tuntutan agama. Malah sesetengahnya pada andaian penulis, mereka kata bertudung itu lebih lawa. Kalau tidak bertudung, Nampak tidak cun.

Sering kali penulis perhatikan sebahagian orang Islam menganggap bahawa aurat hanyalah rambut sahaja. Mereka kelam kabut menutup kepala bila ada orang datang rumah dan ada yang sengaja pakai tshirt berlengan pendek. Adakah mereka keliru bahawa pergelangan tangan, betis dan sebagainya masih lagi aurat. Kenapa mereka keliru? Malah ada penulis terperhatikan perempuan bertudung kepala tetapi lurah belakang punggung nampak dan pusat pula tersembul keluar.

Adakah mereka keliru? Atau sengaja keliru? Atau terkeliru?

Adakah ini kesan modernity?








Sunday, December 28, 2008

Keluarga ideal yang bahagia


Seringkali dibicarakan tentang bahagia, selalunya ia merujuk kepada mengikut peraturan agama. Apabila kita membahaskan konsep bahagia seperti yang definisikan oleh para sarjana Islam seperti Imam al-Ghazali, Ibn Sina, Ibn Khaldun dan sebagainya, kita mendapati bahawa mereka merujuk kepada kebahagiaan itu kepada aspek dalaman manusia. Konsep keluarga bahagia merupakan konsep yang sangat luas dan sukar untuk diukur secara emperikal. Justeru, untuk tujuan emperikal dan operasi kajian, konsep bahagia ini juag perlu diungkapkan bersama dengan “ideal” kerana ia dapat memahamkan bahawa keluarga ini perlu memiliki beberapa kriteria.




Berikut adalah beberapa kriteria yang diidamkan oleh setiap keluarga

Memenuhi keperluan asas,
· Makanan – 3 kali sehari
· Pakaian – 10 helai pakaian
· Tempat tinggal – Kediaman yang tetap
Memiliki dua orang anak
Memiliki kenderaan
Melaksanakan tuntutan fardu ain Islam yang asas

Kriteria ini merupakan suatu asas dan panduan am kerana kriteria yang disebutkan di atas ialah berkaitan dengan aspek fizikal manusia, manakala kebahagiaan sebenarnya ialah berkait dengan rohani manusia. Namun, asas kebahagiaan manusia melibatkan aspek fizikal manusia kerana manusia yang normal biasanya memiliki pakaian, tempat tinggal dan mengimpikan memiliki anak dll.

Friday, December 26, 2008

Fatwa membolehkan perempuan memandu berimplikasi besar


Prof. Dr. H.M. Amin Abdullah menyebutkan di Seminar di UIN*, bahawa, menurut Mufti Syria – fatwa membolehkan perempuan memandu kereta** merupakan suatu fatwa berimplikasi besar. Selama ini, Ulama Saudi berpandangan bahawa wanita tidak dibenarkan memandu kereta kerana terdapat beberapa ciri pada wanita, yang menurut pandangan mereka, wanita tidak layak memandu.



Persoalannya ialah
- Kenapa fatwa ini dianggap di Saudi sebagai berimplkasi besar? Sedangkan di Malaysia dan Indonesia sebagai contoh ia merupakan fenomena biasa.

Persoalan lain ialah
- Apakah kesan fatwa ini terhadap pembangunan dan perkembangan negara?
- Adakah fatwa membenarkan wanita memandu lebih menjaga kehormatan wanita dan membawa kepada maslahah yang lebih besar ?

Persoalan lain yang lebih mendasar ialah
- Sejauh manakah mereka mempertahankan fatwa ini?
- Apakah mungkin worldview mereka terhadap wanita turut terkesan terhadap fatwa mereka dalam persoalan yang lain?
- Sejauh manakah mereka bersedia modernity yang lebih mencabar pemikiran dan kehidupan orang Islam?
- Sejauhmanakah kita boleh menerima fatwa secara bulat-bulat daripada ulama Saudi disebabkan persepsi mereka yang tertentu terhadap modernity?


*Seminar Internasional Keluarga Bahagia Asas Pembangunan Bangsa dan Negara
Kerjasama UIN Sunan Kalijaga, Yogjakarta, dan UKM, Bangi.
Di UIN Sunan Kalijaga. 26-27 Disember 2008.

**Istilah yang digunakan oleh Prof. Dr. H.M. Amin Abdullah (menyetir mobil)


Dari Yogjakarta, Indonesia.

Jogjakarta, Indonesia.
25-29 Disember 2008.


Pasar Malioboro


Pondok Pesantren
Fauzul Muslimin, Yogyakarta.

Penjual aiskrim, dengan keretanya.

Peminta sedekah yang profesional


Monumen serangan terhadap Belanda, di bawah Deponegoro.

Thursday, December 18, 2008

Cadangan topik kajian semasa (kritikal) berkaitan Islam dan dakwah


Dakwah Islam perlu dilakukan dengan terancang dan berasaskan kepada kajian. Namun
, kajian secara emperical dalam bidang dakwah amat kurang sekali dan kajian lebih tertumpu kepada teoritikal dan konseptual sahaja.


Beberapa cadangan tajuk di bawah masih lagi konseptual, tetapi bersifat hukum kelihatan perlu disegerakan untuk kepentingan dakwah Islam.


1. Zakat kepada non-Muslim
Sejauh manakah zakat boleh diberikan kepada non-Muslim. Ya, zakat boleh diberikan kepada golongan muallaf di kalangan bukan Islam, tetapi boleh kah diberikan kepada non-Muslim yang fakir.

2. Judi dan arak di dalam Negara Islam
Kajian tertumpu kepada aspek rational dan alasan yang kukuh berasaskan kepada pandangan Islam, agama-agama lain dan kajian semasa yang saintifik.

3. Menghadiri upacara keagamaan bukan Islam
Sejauh manakah Islam membenarkan orang Islam mengahadirinya. Atas dalil atau alasan apa yang membezakan antara budaya dan agama; dan perbezaan antara menghormati agama dan manusia.

4. Kaedah pendekatan kepada golongan seniman
Apakah hukum alatan muzik?
Bolehkah cari makan dengan muzik?
Dll.

5. Bahan dakwah kepada non-Muslim (Kaum cina dan India)
Menjawab 20 soalan yang selalu ditanya mereka

6. Kesan penggunaan ICT terhadap perubahan pemikiran Islam dan pertumbuhan fiqh.



Saranan tambahan amat dan sangat dialu-alukan, tapi biarlah dalam berskala yang kecil dan mampu diusahakan. Hasil cadangan tuan/puan akan dikemukakan kepada pihak yang berwajib untuk diusahakan.

Tuesday, December 16, 2008

Kes perceraian di Malaysia tinggi - 25% pasangan bercerai.

Statistik yang diberikan oleh JAKIM menunjukkan secara puratanya antara tahun 1995 hingga 2005 daripada jumlah perkahwinan yang didaftarkan, 15% daripadanya telah pun bercerai. Ini tidak termasuk dengan kes gantung tidak bertali dan kes perkahwinan bermasalah yang tidak sampai ke tahap perceraian. Sekiranya semua ini turut dimuatkan, tentunya hampir satu perempat daripada jumlah perkahwinan itu telah bercerai atau berhadapan dengan ancaman perceraian. Sebagai orang Islam yang prihatin, dimanakah silapnya sehinga jumlah yang tercatat begitu besar.



Semalam aku dikejutkan berdasarkan laporan tidak rasmi JAIS untuk Daerah Sepang, daripada 700 pasangan didaftarkan perkahwinan pada tahun ini, sebanyak 200 pasangan yang bermasalah. Ini mengabsahkan lagi andaian aku bahawa seperempat daripada pasangan yang berkahwin akan bercerai atau berhadapan dengan ancaman cerai.

Tidakkah ini satu jumlah yang besar dan membawa kepada ancaman pendidikan anak-anak itu nanti. Patutlah anak-anak terbiar lantaran rumah tangga bermasalah.

Persoalannya, apa yang perlu aku buat?

Ada kajian yang dibuat oleh mat salleh.
Malay Marriage and Divorce in Peninsular Malaysia: Three Decades of Change, by Gavin W. Jones © 1981. sapa nak, hantar emel pada myfaisal@gmail.com





Friday, December 12, 2008

Orang tidak solat sama seperti melakukan seks luar tabie?


Seks luar tabie merupakan perkara yang dianggap keji lantaran ia melakukan perkara yang terkutuk dan di luar fitrah manusia. Sedarkah bahawa segala hukum hakam Islam seperti solat, zakat, menutup aurat dan sebagainya 
merupakan fitrah kerana ia merupakan perkara yang ditetapkan oleh Allah untk kebaikan manusia?. Sebagai mana Allah menetapkan bahawa seks itu ada cara tertentu, maka berpakaian itu ada caranya, menggunakan mulut ada caranya, menguruskan kewangan ada caranya.




Islam merupakan agama yang bersifat fitrah kerana Allah menjadikan manusia sedia menerima perundangan dan peraturan yang terdapat di dalam Islam. Oleh kerana beragama itu merupakan fitrah kepada manusia, maka manusia mencari dan tercari-cari panduan yang bersesuaian dengan manusia, sesuai dengan jiwa dan sifat kemanusiaannya.

Manusia memerlukan kepada makanan, pakaian dan tempat tinggal dan ia tidak dapat hidup tanpa ada tiga perkara ini. Maka manusia bekerja keras di dalam kehidupannya mencari tiga keperluan ini, bahkan ia cuba sampai ke tahap kepuasan dalam usaha menghasilkannya. Memang, ia menjadi keperluan dan naluri kepada fizikal manusia.

Ia adalah fitrah, kerana
tiada manusia yang tidak memerlukan kepada makanan dan minuman,
tiada manusia yang tidak memerlukan kepada tempat tinggal,
tiada manusia yang tidak memerlukan kepada seks,
tiada manusia yang tidak memerlukan kepada pakaian,
tiada manusia yang tidak memerlukan kepada pekerjaan,
tiada manusia yang tidak memerlukan kepada pengangkutan,

Kalau ada orang yang menolaknya, kita akan kata orang ini gila, bodoh, nak mampus, baghal dan sebagainya kerana ia menolak sesuatu yang menjadi keperluan kepadanya.

Begitu juga, kalau orang menyalah gunakan keperluan itu seperti melakukan seks dengan binatang, atau seks sama jantina atau seks melalui dubur. Maka kita kata bahawa orang kata ini melakukan perkara diluar tabie.

Selain itu, manusia juga memerlukan kepada agama bagi mengatur kehidupannya. Allah membekalkan panduan menerusi al-Quran dan al-Hadis agar ia menjadi panduan kepada manusia. Segala peraturan yang terdapat di dalam Islam semuanya bersesuaian dengan fitrah manusia. Ada tak perkara yang Allah perintah itu bertentangan dengan fitrah manusia?

Sebagai contoh khitan (nama glamour: masuk jawi, berjawi, bersunat)

Khitan merupakan amalan yang termasuk di dalam perkara fitrah. Rasulullah telah menyebut bahawa
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ - أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ - الْخِتَانُ وَالاِسْتِحْدَادُ وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya: Lima perkara yang termasuk di dalam fitrah iaitu, berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mengandam misai. (Muttafaq alayh)

Terdapat dalam beberapa hadis yang lain dan sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn al-Arabi, terdapat 30 perkara lain yang termasuk dalam kategori fitrah. Kesemua itu berkaitan dengan kebersihan diri seperti berkumur, beristinja’, mengandam janggut dan sebagainya.

Dari sudut perubatan, ia merupakan cara yang terbaik untuk menjaga kebersihan zakar dan membawa kepada lebih enak dalam berjima’. Hal ini ditegaskan dalam semua agama samawi (Islam, Yahudi dan Kristian) kerana Nabi Ibrahim AS telah pun bersunat ketika berumur 80 tahun.

اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ النَّبِىُّ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِينَ سَنَةً بِالْقَدُومِ


Fitrah mempunyai banyak pengertian.
• Pecah (الفطر - الشق).
• Menciptakan tanpa ada contoh sebelumnya (الاختراع والابتداع). Iaitu Allah menciptakan alam ini tanpa ada panduan daripada template atau sample sebelum ini.
• Naluri (الجبلة والطبع)
• Sistem yang diciptakan oleh Allah.
• Kejadian (الخلقة)
• Agama


Thursday, December 11, 2008

Beberapa hukum hakam korban


Beberapa hukum yang berkaitan dengan korban yang disampaikan oleh seorang ustaz, di Masjid Changkat Jering, Taiping di Perak pada malam hari raya kedua.


  • Tidak boleh agihkan daging korban kepada orang kafir
  • Lafaz tawkil. Perlu menggunakan lafaz tawkil menghasilkan korban, bagi mengelakkan sekiranya orang yang diwakilkan itu keuzuran. Maka ia boleh menyerahkan tugasan itu kepada orang lain.
  • Tidak sah mengadakan kenduri dengan daging korban, melainkan dibagi sekilo kepada seorang fakir miskin dalam bentuk mentah
  • Tidak perlu tanam tulang belulang kerana ia memang menjadi makanan binatang yang lain seperti anjing . Cuma menanam tulang itu untuk mengelak daripada bau busuk sahaja.
  • Sah melakukan sembelihan daripada terbit matahari hari raya haji hingga waktu maghrib hari tashriq yang terakhir.
  • Takbir hanya ketika selepas solat sahaja, sama ada fardu atau sunat.
  • Takbir ketika proses penyembelihan dilaungkan oleh seorang sahaja, bukan secara beramai-ramai.
  • Aqiqah boleh dilakukan ketika dewasa, walaupun lebih dari sekali
  • Korban dilakukan untuk orang yang telah meninggal dunia sekiranya diwasiatkan dan ketika itu korban itu menjadi nazar
  • Cukup sebagai nazar apabila menyebut atau sambil menunjukkan kepada lembu ”aku nak korbankan lembu ini”



    Terasa ingin mengulas (munaqashah) beberapa perkara yang disebut oleh ustaz itu. Tetapi memandangkan tugasan yang hampir melepasi dan ada yang telah melepasi dateline, maka terpaksa memberi keutamaan kepada tugasan tersebut.

Friday, December 5, 2008

Kalau ada campur Cina dan India, susah la sikit.

Seringkali terdengar kata-kata

“Tempat aku semuanya orang Islam, senang sikit. Tapi kalau ada campur Cina dan India, susah la sikit. Kena raikanlah mereka”. 

“Tak boleh lah semua nak ikut kita (Islam), mereka pun kena raikan juga”


Apabila timbul perkataan meraikan ini, maka kita akan merujuk kepada pandangan dan permintaan mereka yang tentunya berasaskan kepada akal semata-mata. Persoalannya, adakah Islam menolak pandangan mereka dan menghalang kebebasan mereka (beragama, mendapat pendidikan, bersosial dll) ? Tidak sama sekali. Islam menjamin semua itu.

Apakah kita tidak yakin bahawa Islam merupakan agama yang betul, lengkap, sejahtera dan sebagainya? Ia tidak sekadar untuk orang Islam sahaja, bahkan keadilan Islam turut untuk orang bukan Islam?


Dimanakah akidah kita kepada ayat al-Quran yang menegaskan bahawa


وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama, maka ia tertolak.
Surah ali Imran (85).


وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
Janganlah disebabkan pemusuhan kamu dengan sesuatu kaum lain, menyebabkan kamu tidak berlaku adil.
Surah al-Maidah (9)


لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ
Sesungguhnya kami telah utuskan rasul2 kami dengan keterangan dan kami telah turunkan kepada mereka kitab dan timbangan untuk mereka mendirikan keadilan.
Surah al-Hadid (25)


وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Jangan kamu berasa hina dan dukacita lantaran kamu itu hebat dan tinggi, sekiranya kamu benar-benar beriman.
Surah ali Imran (139).

Bagaimana kita ingin menerangkan kepada mereka dari sudut hukumnya dan rasionalnya.

Pengharaman arak, judi, dll.
Pengharaman Pengkid.
Pengharaman rokok.


Soalnya, kenapa orang boleh terima pengharaman dadah, tidak arak.


Apa kata SiSter in Islam. Klik sini


Seringkali masyarakat majmuk dipersalahkan lantaran tidak menguatkuasakan undang-undang Islam. Mengapa kita tidak mengambil sikap memperjelaskan ajaran Islam kepada masyarakat. Mengapa hubungan antara Islam dan bukan Islam di Malaysia ini telah berjalan begitu lama, tetapi kenapa mereka masih gagal atau kita gagal memahamkan mereka dengan ajaran Islam.

Inilah yang disebut bahawa kepelbagaian dalam masyarakat itu (plurality), lebih cenderung kepada sekularisme iaitu tidak lagi perlu kepada agama. Sila lihat buku,

Anis Malik Thaha (2005) Tren Pluralisme Agama: Tinjauan Kritis , Jakarta: Perspektif-Gema Insani Press.

Maka inilah yang termasuk dalam ilmu akidah semasa, yang menjelaskan isu ketuhanan dan kepercayaan orang Islam terhadap agama mereka dari berdasarkan kepada permasalahan semasa. Bukanlah akidah itu hanya tentang sifat tuhan sahaja (sifat dua puluh), tetapi ia meliputi semua aspek keyakinan kita kepada ketuhanan, keyakinan terhadap Islam sebagai panduan hidup, dan keyakinan bahawa semua urusan ini adalah dengan kuasa Allah.

Mungkin ada orang akan kata “Ustaz, biarlah realistik”

Abuirfan.

Tuesday, December 2, 2008

Korban (melayu) VS Perjuangan (Jihad)

Ketika musim Hari Raya Haji dan juga dikenali dengan Hari Raya Korban, orang Islam berlumba-lumba untuk menjayakan ibadat ini. Seringkali surau dan masjid berlumba-lumba untuk mendapatkan penyertaan terbanyak untuk ibadah korban di kalangan ahli kariah masing-masing. Malah ada ajk atau jemaah surau yang berbangga dengan jumlah korban yang diadakan ditempatnya yang melebihi 5 atau 10 ekor.

Sesentengah tempat pula, pihak ajk membuka tabungan sejak awal tahun lagi dengan kadar tertentu dan ketika sampai bulan zulhijjah, sejumlah RM350 telah pun siap terkumpul untuk tujuan korban. Maka ini tidak menyulitkan kepada para jemaah untuk menghulurkan sekaligus terutamanya pada hujung tahun. Alhamdulillah, ini adalah amalan baik oleh orang Islam di Malaysia dalam melaksanakan ibadat yang telah diasaskan oleh Nabi Ibrahim AS dan patut untuk diteruskan.



Namun, kita perlu untuk membezakan antara ibadat korban dengan pengorbanan kerana agama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS.

Korban adalah perkataan daripada Bahasa Arab yang membawa makna “dekat”, yang berasal daripada parkataan Qurban (قربان). Ini bermakna ibadat korban yang dilakukan itu adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menurut hadis, pahala orang yang melakukan korban itu besar iaitu mendapat pengampunan dari Allah sebelum darah haiwan itu menerjah bumi.

Pengunaan ini dalam bahasa melayu ini dipercayai diambil daripada ayat quran yang mengisahkan dua orang anak nabi Adam yang mengemukakan Qurban. Salah seorang daripada mereka diterima, dan seorang lagi ditolak. Namun, dalam membicarakan bab sembelihan ini, para ulama tidak menggunakan perkataan qurban tetapi menamakan dengan udhiyyah (أضحية). Ia perkataan yang lebih specific maknanya yang merujuk kepada ibadat korban sembelihan, tetapi orang melayu menggunakannya merujuk kepada hari raya adha.

Masalahnya ialah, sesetengah orang mungkin berasa sudah berpuas hati dengan ibadat korban yang dilakukan kerana ia telah memenuhi tuntutan Islam dan tidak perlu lagi bersusah payah kerana agama. Inilah masalah apabila terjemahan daripada perkataan arab itu membawa maksud yang berbeza dengan bahasa melayu. Mungkin perkataan “korban” yang digunakan dalam bahasa melayu itu patut untuk ditambah dengan “korban sembelihan” untuk lebih menjelaskan makna korban disini ialah ibadat sembelihan.

Korban dengan erti “sanggup bersusah payah demi agama” yang dalam bahawa arabnya ialah Jihad.

Sesiapa yang berkorban, pasti akan terkorban.

Nabi Ibrahim benar-benar berjihad dan bersusah payah kerana mengorbankan perasaannya kerana menuruti perintah Allah. Dia telah yakin dengan janji Allah.

Abuirfan.

Saturday, November 29, 2008

Beberapa contoh pendekatan seorang Muslim dalam berinteraksi dengan non Muslim

  1. Menanam niat untuk berdakwah kepada mereka. Niat penting sebagai suatu keazaman yang tersemat di dalam hati untuk melaksanakan tugas dan misi yang suci ini.
  2. Mengajak mereka berbincang mengenai agama (contoh: bertanya tentang tuhan, kehidupan selepas mati, perayaan) dan huraikan pula dari perspektif Islam.
  3. Menghargai kebaikan yang ada pada mereka seperti menjaga kebersihan, bijaksana mengurus masa, baik hati. Sebagai contoh, ”anda telah pun Islam dari sudut ini” atau ”Ini pun sebahagian daripada Islam”.
  4. Menjawab salam mereka dengan baik. Bukan dengan mengherdik mereka atau menjawab dengan balasan yang kurang bijaksana.
  5. Membudayakan memberi salam menerusi telefon.
  6. Menghadiri kenduri atau apa-apa program kemasyarakatan anjuran mereka.
  7. Mengajak menghadiri program kemasyarakatan dan keagamaan yang bersesuaian
  8. Sekiranya non-Muslim membaca ayat quran atau apa-apa yang berkaitan, kita kena huraikan dengan jelas, bukan halang daripada dia membaca. Bahkan, kita kena tanya adakah ayat yang sama terdapat di dalam agama mereka.
  9. Mempergiatkan edaran bahan-bahan bertulis berkenaan agama Islam kepada mereka.

Tambahan amat dialu-alukan.

Abuirfan.

Wednesday, November 26, 2008

Tatacara berinteraksi dengan non-Muslim

Kertas kerja Ustaz Sheikh Hanafi ABdul Rahman.
Akan dibentangkan pada 29 Nov 2008.

Tatacara berinteraksi dengan non-Muslim. Sila klik sini.

Kuliah Tafaqquh fi Din

Tema: Memahami hubungan Muslim dan non-muslim
Tempat: Masjid al-Hijrah, Kota Warisan.
Tarikh: 29 November 2008
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tgh hari

Jemput hadir dan mohon hebahkan.

Monday, November 24, 2008

Ulama lesu? Antara dahulu dan kini


Rasional kepada pemerkasaan swadaya ulama ialah disebabkan peranan ulama kini kelihatan tidak menonjol berbanding peranan yang telah dimainkan oleh Ulama pada zaman silam.

Persoalannya, adakah ulama kini telah tenggelam dengan keupayaan cerdik pandai dalam bidang lain, sementara ulama dahulu tidak mempunyai saingan hebat dari kelompok cerdik pandai yang lain.

Sistem pendidikan pada waktu (1511M hingga 1957M) dijalankan menerusi institusi pondok, istana, sekolah Quran dan sebagainya dan menumpukan kepada bidang pengajian Islam sahaja. Keadaan ini berterusan sehinggalah penjajah membawa masuk sekolah dan memperkenalkan pendidikan akademik seperti sains, matematik dan lain-lain di awal abad ke 20. Itu pun, pada peringkat awal orang Melayu menolak sekolah-sekolah ini kerana didakwa membawa dakyah agama Kristian. Apa yang pasti, tiada institusi pengajian yang menawarkan pengajian di dalam bidang-bidang lain selain daripada pengajian Islam. Justeru, cerdik pandai yang ada pada masa itu, hanyalah mereka yang berada dalam bidang agama.

Dengan kewujudan sistem pendidikan yang menumpukan kepada bidang-bidang lain, malah menjadi lebih dominan dalam kebanyakan universiti di Malaysia, melahirkan ramai cendikiawan dalam bidang-bidang ini dan menyaingi ulama dalam bidang agama. Dalam saingan ini, ulama kelihatan tidak berswadaya dan seringkali dianggap sebagai tin kosong dan nasi tambah sahaja. Mereka kelihatan merendah diri atas pelbagai sebab dan wacana mereka hanyalah di kalangan mereka sahaja.

Adakah betul mereka yang berada di dalam pendidikan Islam tenggelam dengan kelompok yang lain ?


Abuirfan.

Sunday, November 23, 2008

Memperkasa Kewibawaan Ulama

Pagi tadi, dalam Multaqa Ulama SeMalaysia yang diadakan di Shah Alam, tema pemerkasaan Ulama telah diutarakan. Bagi membincangkan tema ini, terdapat lima cabaran utama di dalam Ucaputama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang dihadapi oleh Ulama pada masa ini iaitu:

  • Pemisahan antara ulama dan umara
  • Ulama dan cabaran mendalami ilmu
  • Pluralisme dan sekularisme
  • Hubungan dengan non Muslim
  • Perkembangan teknologi maklumat

Kesemua ini menuntut kepada pemerkasaan ulama bagi menghadapi semua cabaran ini secara tuntas.

Untuk teks ucapan penuh, sila klik sini.

Abuirfan.

Tuesday, November 18, 2008

Dakwah tak perlu kepada devices and media?

Aku baru sahaja bertemu dengan seorang ustaz yang berpandangan bahawa dakwah ini tidak perlu bergantung kepada devices mahupun media. Pergantungan ini akan mendorong sesorang itu bergantung kepada benda untuk berdakwah. Kesannya ialah tanpa devices dan media, seseorang itu tidak mahu dakwah. Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan dakwah itu mestilah bersusah payah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah. Sekiranya mudah ia bukanlah dakwah sampai kalau kena jalan kaki pun, mestilah juga dilaksanakan.



Satu lagi menurutnya, apa kata sekiranya devices and media termasuk “angkasapuri” itu katanya dikuasai oleh bukan Islam. Kita akan melopong. Adalah baik dakwah itu dilaksanakan tanpa pergantungan dengan semua itu. Sebagai contoh, kesan ekonomi yang berlaku kepada Negara tidak memberi kesan kepada mereka yang ingin berjuang dan keluar pada jalan Allah. Sampai masanya, tetap akan keluar walaupun ekonomi Negara meleset.

Aku hanya mampu tersenyum lebar, kerana ia merupakan tetamu yang datang ke rumah ku.

Padaku pemikirannya dan manhaj dakwah gerakannya itu perlu diperbetulkan. Kenapa mereka tidak berfikiran untuk menguasai semua itu dan mendominasinya untuk kepentingan Islam.

Abuirfan.

Thursday, November 13, 2008

Seminar Memahami hubungan Muslim dan non-muslim

Kuliah Tafaqquh fi Din

Tema: Memahami hubungan Muslim dan non-muslim
Tempat: Masjid al-Hijrah, Kota Warisan.
Tarikh: 29 November 2008
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tgh hari

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Tentatif:

8.30 – 9.00 : Pendaftaran

9.00 – 10.30 : Kuliah 1
Penceramah 1: Al-Fadhil Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Rahman
Tajuk : Tatacara berinteraksi dengan non-Muslim

Kuliah ini akan menghuraikan mengenai cara berinteraksi dengan non-muslim meliputi aspek persepsi Islam terhadap non-Muslim dan beberapa hukum hakam berkaitan seperti:

  • Memberi dan menjawab salam non muslim
  • Memberikan ucapan sempena hari raya
  • Menghadiri upacara keagamaan
  • Meraikan dan merayakan sambutan hari raya


10.30 – 11.00 : Rehat dan kudapan

11.00 – 12.30 : Kuliah 2
Penceramah 2: Al-Fadhil Ustaz Khairudin Aman Razali al-Takiri
Tajuk : Kedudukan Non-Muslim dalam negara Islam

Kuliah ini akan membicarakan tentang konsep perpaduan dan masyarakat majmuk di dalam Islam yang meliputi aspek dakwah dan toleransi beragama. Ia turut menyentuh beberapa aspek yang berkaitan seperti

  • Hak berjiran
  • Hak beragama
  • Hak pendidikan
  • Bekerjasama
  • Memberi wala’

12.30 : Makan tengah hari dan Zolat Zohor

Yuran: RM 1

Peta: Sila klik sini.

Broshure: Sila klik disini. Iklan: Sila klik disini. Mohon cetak dan sebarkan.

Anjuran
Pejabat Agama Islam Sepang dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Tuesday, November 11, 2008

Imam Samudra’s Justification for Bali Bombing

Abstract

The primary objective of this article is to provide a map of Imam Samudra’s thinking behind Bali bombing I as written in his book Aku Melawan Teroris to those who are not able to read the book in its original Indonesian language with an assumption that counterideological effort cannot be executed effectively without understanding the ideas held by terrorism perpetrators. To add value, the article also offers a comparative study between Samudra’s thinking and Al Qaeda’s ideology. It then points out and provides brief alternative viewpoints to Samudra’s thinking. The article ends with some policy recommendations pertaining to counterideological work.



Muhammad Haniff bin Hassan. (2007). Imam Samudra’s Justification for Bali Bombing. Studies in Conflict & Terrorism, 30, 1033–1056.

Monday, November 10, 2008

Saintis dan Ulama, bertembungkah orientasi pengajian mereka?

Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa pertembungan ini disebabkan camp ulama ini tidak tahu bahasa inggeris lantaran membawa kepada perasaan infriority complex. Mungkin ada benarnya, Wallahu a’lam. Aku cuba menganalisis secara lebih detail lagi keadaan ini dengan membahagikan orientasi dua dsiplin pengajian, dalam bidang sains dan Islam.



Seorang saintis dilatih untuk berfikir kenapa sesuatu fenomena itu berlaku. Bagi saintis terdapat dua ilmu asas yang cukup penting bagi menghasilkan analisis yang tajam dan berdampak tinggi iaitu matematik dan sains.

Ilmu matematik diajar untuk mengira dan mengukur sesuatu; dan untuk menajamkan analisis dan cerapannya terhadap sesuatu fenomena itu.
Ilmu sains pula diajar untuk menganalisis fenomena alam tabii secara bersistem, mantik, dan objektif dengan kaedah khusus bagi mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.

Pelajar dalam bidang ini dilatih menggunakan daya intelektualnya bagi mencerap suatu fenomena alam dan memberikan alasan atau justifikasi atas sesuatu fenomena itu. Manakala seorang pelajar dalam bidang Islam dilatih untuk mengingat al-Quran dan al-Hadith serta matan-matan bagi menguasai bidang pengajian Islam. Orientasi pengajian yang bersifat hafalan yang diterima sejak kecil lagi dalam bidang pengajian Islam telah mengasah kemampuan daya ingatan berbanding dengan daya membuat cerapan dan analisis. Mungkinkah dengan orientasi ini akan melahirkan pelajar yang lemah daya kreatifnya (lantaran tidak dilatih secara tersusun) dan kurang berkemampuan untuk melahirkan idea-idea baru dan bernas. Corak berfikir mereka diimbaui dengan idea-idea lama dan tidak meluas.

Keadaan ini dirumitkan lagi dengan kecenderungan pemilihan dalam bidang ini terdiri di kalangan mereka yang kurang berminat dengan matematik dan sains sejak sekolah rendah lagi. Tambahan pula, trend kemasukan pelajar dalam bidang pengajian, setelah kegagalan mereka untuk menguasai bidang yang berasaskan kepada matematik dan sains. Ia memungkinkan kepada pengkuhan dakwaan yang mengatakan bahawa pelajar dalam pengajian Islam merupakan pelajar kelas kedua.

Tulisan ini tidak bersifat cemuhan terhadap bidang pengajian Islam tetapi cuba memberikan suatu perspektif bagi meneliti pergolakan semasa gerakan Islam yang melibatkan dua kelompok manusia ini.

Abuirfan.

Saturday, November 8, 2008

Baja tahi babi


Majlis Fatwa dalam sidangnya pada tahun 1981 telah mengharuskan penggunaan baja daripada tahi babi.

Aku memperakui keputusan ini. Walau bagaimanapun aku melihat beberapa masalah daripada keputusan ini.

1. Memperakui orang bukan Islam mendapatkan sumber baja yang lebih murah berbanding dengan orang Islam, terutamanya ketika harga baja yang diproses buat masa ini sangat mahal. Ini tentunya memberikan kesan kepada ekonomi orang Islam yang terlibat dalam pertanian.

Ramai pihak mendakwa bahawa limau bali di Perak dan buah jambu batu yang ditanam di sekitar bidor dan tepi gunung sebelah highway antara Ipoh Selatan dengan Simpang Pulai dibajai dengan tahi babi. Kandang babi ada disebelah lading-ladang ini. Walau bagaimanapun, ini hanya menurut dakwaan orang ramai dan siasatan lanjut perlulah dibuat.

Begitu juga dengan dakwaan awam yang mengatakan ternakan ikan keli pun diberi makan dengan campuran makanan tahi babi. Wallahu aklam.

Namun sekiranya benar, apakah impak kepada ladang dan ternakan orang Islam (sekiranya ada) bagi mendapat sumber baja dan bahan makan yang murah.


2. Memperkaui tahi babi asli sebagai baja, ia mengabsahkan lagi pembiakan babi di Malaysia. Haiwan ini memang membawa pelbagai guna daripada daging, bulu hingga ke tahinya.


Aku secara peribadi merasakan perlu untuk melihat pandangan siyasah shari'yyah dalam hal ini kerana ia boleh membawa kepada impak yang tidak baik kepada orang Islam. Apakah tidak perlu kepada sebarang peraturan atau undang-undang bagi menguruskan perkara ini dengan lebih sempurna?.

Friday, November 7, 2008

Hukum makan buah daripada baja tahi babi


Kelmarin aku ditanya tentang hukum ini dalam satu kuliah disebuah surau. Dia merujuk kepada pendapat seorang ulama terkenal daripada Kedah yang berpandangan bahawa dibolehkan makan buah daripada baja tahi babi.



Benar, apa bezanya antara tahi babi sebagai baja dan tahi ayam melainkan pada najisnya yang mughalazah. Tetapi setelah ia meresap kepada pokok yang menhasilkan buahan, maka ia telah berubah zat dan sifat.

Tetapi aku berpandangan bahawa, dari sudut siyasah sharciyyah, pandangan tadi membawa kepada masalah ekonomi orang Islam nanti. Orang bukan Islam menternak babi dan menggunakan najis babi sebagai baja, sedangkan orang Islam tidak dibenarkan. Menghasilkan baja dari tahi babi tidak memerlukan kos yang tinggi, bahkan tanaman pun dikatakan sangat subur dengan baja ini.

Begitu juga dengan menggunakan tahi babi sebagai campuran bahan makanan ikan keli yang sangat murah di pasaran. Aku diberitahu bahawa harga ikan keli di pasar borong Selangor ialah RM2.50 (harga tolak). Kawan aku kata, sukar untuk lawan harga itu kerana makanan ikan keli mahal.

Tidakkah ia memerlukan pandangan yang tuntas berasaskan kepada siyasah sharciyyah.

Abuirfan.

Ahmad Irfan B. Muhamad Faisal







Ketika berumur 1 bulan (6 November).



Thursday, November 6, 2008

Bengkel journal berimpak tinggi

“Penulisan bermula dengan noktah”. Itulah kata-kata yang aku ingat ketika En. Hasrom Haron dari UDM mengendalikan bengkel ini.

Menurut beliau, ramai penulis yang mempu menulis tetapi gagal mengemukan thesis yang boleh memberikan impak kepada bidangnya atau bidang yang lain. Antara faktor utamanya ialah kegagalan memahami teknik penulisan yang betul. Jangankan berbicara soal impak, tetapi soal fundamental of writing pun masih lagi gagal.



Beliau menitik beratkan kepada kami penekanan yang perlu diberikan kepada menjawab persoalan kajian disepanjang penulisan dan terutama sekali di bahagian penutup. Selain itu, data yang diperolehi haruslah dicanaikan dengan baik serta penulisan itu bersifat beyond the general hypothesis. Kalau masih lagi berbicara soal faktor permasalahan remaja, punca-punca gajala sosial, dan sebagainya ia tidaklah berimpak. Elakkan dari menulis tajuk sedemikian.

Kesalahan yang selalu diamalkan, antara lain ialah
1. Kegagalan memilih tajuk yang sesuai
2. Tidak membuat sorotan karya (literature review)
3. Rujukan yang bukan dalam bidang
4. Rujukan kepada kamus dewan

Seperkara yang penting ialah kena mengendeng ketua editor sesuatu journal, mungkin menerusi emel atau melalui persidangan/ seminar. Ini kerana banyak artikel yang berlumba-lumba untuk masuk sesuatu journal, terutamanya yang mempunyai ranking yang tinggi.

Abuirfan.


Wednesday, November 5, 2008

The challenges toward Islamic authority on cyberspace

I am writing a draft of paper to be discussed tomorrow (Thursday) in a workshop held at UKM. The purpose of the workshop is to train the new researcher in publishing their paper at journal listed in Scopus.

The title of the paper is “The challenges toward Islamic authority on cyberspace”.






Here the introduction of the paper.

The emerging of the internet as a medium of communication is claimed to affect the authority in the interpretation of Islam. The western scholars (Eickelman & Anderson, 1997; Eickelman & Anderson, 2003; Anderson, 2003; Mandaville, 2003), argue that the communication technology will break the intellectual monopolies in Islamic tradition because of the computer-mediated communication (CMC) open the religion for all netters. The interpretation is not longer exclusively for those having background in Islamic studies. It has been supported by Robinson in his analysis of the effect of printing on the Islamic world. He contends that “Increasingly from now on any Ahmad, Mahmud or Muhammad could claim to speak for Islam” (Robinson, 1993:245). He concludes that Islamic world trail so far behind the Christian in adopting printing because of fearing of the detriment of the authority.

Besides, recent studies demonstrate that the Internet is liable for both affirming the authority as well as questioning the authority of each online religion. The decline of religious authority on cyberspace has been highlighted by Barzali-Nahon & Barzali (2005) who investigate the challenge of religion online to ultra-Orthodox Jewish communities in Israel. Their studies have offered “cultured technology” as a conceptual lens to comprehend how religious fundamentalists adapt the internet to communicate among them, and how technology has influenced the different religious communities. In Barker’s (2005) studies on new religious movement (NRMs), he argued that the authority is undermining by processes facilitated by internet. In light of that, the technology either communication or printing has negatively affected Islam, meant that Islam is not compatible with the era of advancement of development in science and technology. The question remains, nevertheless, does the embracing the ICT that offer the exclusive and instant communication cause to the detriment of Islamic authority? This paper is intended to address this question ..

Manusia dijadikan daripada air yang hina?

Terdapat 2 tempat di dalam al-Quran, Allah menyebut bahawa manusia diciptakan daripada air yang hina iaitu dalam Surah al-Mursalat (20) dan Surah al-Sajdah (8). Kehinaan yang terdapat pada air tersebut ialah disebabkan:

1 – Perlakuan seks antara suami isteri merupakan perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsikan pengalaman itu dengan orang lain. Kenapa perlakuan yang menjadi fitrah kepada manusia itu hanya merupakan perkara yang rahsia antara suami isteri. Kenapa begitu, sedangkan kelahiran anak yang terhasil daripada perlakukan seks tersebut begitu dihebahkan dan disambut sehingga digalakkan untuk melakukan ibadah akikah. Justeru, tidakkah benar bahawa manusia diciptakan daripada air yang hina.



2 – Air mani keluar daripada kemaluan hadapan manusia. Menjadi fitrah kepada manusia untuk menutup kemaluannya sehingga orang yang hidup secara primitif pun masih menutup walaupun hanya kemaluannya sahaja. Penciptaan manusia daripada air mani ini, dikeluarkan daripada kemaluan manusia yang secara fitrahnya manusia segan dan malu untuk menunjukkannya kepada manusia.

3 – Kejadian manusia terbentuk hasil daripada air mani yang sedikit dan berbau busuk serta keluar daripada lubang yang sama dengan air kencing. Berapakah nilaian air yang tidak sampai pun suku liter itu, tetapi daripada itulah, manusia itu membesar sedikit demi sedikit menjadi bayi, kanak-kanak, dewasa dan tua.

Benarlah firman Allah dalam Surah Yaasin (77) yang bermaksud ”Tidakkah manusia itu berfikir bahawa kami jadikan mereka itu daripada nutfah (air mani), tiba-tiba mereka menjadi penentang besar kepada Allah.

Sunday, November 2, 2008

Salam mesra

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan cubaan kali kedua untuk berbloging. Doakan agar usaha ini berterusan dan dapat menyumbang kepada Islam.



Sekian.
Abuirfan